My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea

Title : My Perfect Stranger
Director : Kang Soo Yeon, Lee Woong Hee
Screenwriter : Baek So Yeon
Network : KBS
Release Date : 1 May 2023
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Mystery, Romance, Sci-fi
Cast : Kim Dong Wook, Jin Ki Joo, Seo Ji Hye, Lee Won Jung, Lee Ji Hyun, Lee Kyu Hoe, Kim Jong Soo, Park Soo Young, Kim Jung Young, Ji Hye Won, Kim Hye Eun, Kim Yeon Woo, Joo Yeon Woo, Choi Young Woo, Jung Jo Young

SYNOPSIS:
Yoon Hae Joon is the youngest anchor to ever work at his broadcasting station. He is calm and straightforward as a journalist and kind in his personal life. On the other hand, Baek Yoon Young dreamed of becoming a writer but wound up working at a publishing company. 

The two somehow travel back in time to the year 1987. There, Yoon Hae Joon tries to find the truth behind a serial murder case while Baek Yoon Young attempts to prevent her parents from marrying. They soon realize that their objectives are connected.


My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea


My Perfect Stranger mengisahkan Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook) seorang penyampai berita yang suatu hari telah menemui sebuah mesin masa. Hae Joon mengambil kesempatan itu untuk melihat masa depannya tapi terkejut bila dia tahu dirinya telah mati dibunuh, pembunuh tersebut orang yang sama terlibat dalam kes pembunuhan bersiri yang berlaku di Woojung pada tahun 1987.

Masalahnya pembunuh tersebut adalah Go Min Soo yang telah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan mati bunuh diri pada tahun 2021 so tak make sense lah kalau Go Min Soo yang bunuh dia.

Yoo Hae Joon syak Go Min Soo dijadikan kambing hitam dan pembunuh sebenar masih lagi bebas menyembunyikan diri di luar sana. Hae Joon tekad untuk menyiasat kes tersebut dan mencari pembunuh sebenar, dalam tempoh tersebut dia banyak berulang-alik dari tahun 1987 dan masa kini untuk mengumpulkan bahan bukti.

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea


Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) seorang editor kepada penulis terkenal yang juga idolanya iaitu Go Mi Sook. Yoon Young mempunyai masalah keluarga dan sangat benci dengan ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan tidak pernah mempedulikan kehidupan Yoon Young dan ibunya.

Suatu hari ibunya telah meninggal dunia terjatuh dalam sungai disyaki membunuh diri berdasarkan nota yang ditinggalkan. Yoon Young rasa bersalah sebab sebelum itu dia bergaduh dengan ibunya.

Yoon Young kemudiaannya secara tak sengaja telah mengembara ke tahun 1987 jadi dia gunakan peluang ini untuk mengelakkan ibu dan ayahnya bertemu sebab berharap ibunya akan mempunyai kehidupan yang lebih baik tanpa dia dan ayahnya.

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea

Yoon Young secara tak sengaja telah bertembung dengan Hae Joon yang menyebabkan dia turut merentas masa ke tahun 1987 dan terkandas di situ kerana mesin masa telah rosak.

Hae Joon memang dari awal lagi ada motif datang ke situ dan untuk melaksanakan misi, dia telah menyewa sebuah rumah dan bekerja sebagai guru manakala Yoon Young menyamar sebagai anak buah kepada Hae Joon dan menjadi pelajar sekolah untuk dekat dengan ibunya, Lee Soon Ae (Seo Ji Hye).

Pada mulanya mereka saling berahsia tapi kemudiannya mula bekerjasama bila mengetahui mereka mempunyai matlamat yang sama.

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea


Kes pembunuhan yang berlaku di Woojung saling berkait kerana kotak mancis dengan nota kecil didalamnya ditinggalkan pada mangsa. Ada 3 kes pembunuhan yang berlaku pada tahun tersebut dan Hae Joon yang keempat pada masa hadapan. Tapi Hae Joon syak, mak Yoon Young pun mati dibunuh oleh orang yang sama sebab Yoon Young terjumpa kotak mancis yang sama di tempat emaknya meninggal dunia.

Polis telah menahan tiga suspek iaitu Baek Hee Seop (Lee Won Jung), Yoo Bum Ryung dan Go Min Soo yang kemudiannya dituduh sebagai pembunuh. Hae Joon fokus menyiasat pada tiga saspek ini supaya dia boleh menyelamatkan mangsa.

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea


Bila tiba di tahun 1987 dan bertemu dengan Lee Soon Ae baru Yoon Young tahu banyak benda dia tak tahu mengenai ibunya. Rupa-rupanya ibunya pun ada minat yang sama dengan dia iaitu suka membaca dan bercita-cita menjadi penulis.

Yoon Young terkejut bila tahu penulis yang dia minat iaitu Go Mi Sook sekelas dengan emaknya tapi benda yang paling mengejutkan adalah buku pertama yang ditulis oleh Go Min Sook sebenarnya ditulis Soon Ae. Dari minat dengan Go Mi Sook terus jadi anti giler dan cuba melindungi Soon dari terus dibuli oleh Go Mi Sook.

Pastu Yoon Young perasaan manuskrip terbaru yang ditulis oleh Go Min Sook sama dengan situasi dengan pembunuhan yang berlaku di Woojung tambahan pula Mi Sook adik kepada Go Min Soo. Yoon Young syak Mi Sook adalah pembunuhnya tapi Hae Joon tak setuju.

Antara Go Min Soo, Go Mi Sook, Baek Hee Sub dan Yoo Boo Ryung, siapa sebenarnya pembunuh? Siapa antara mereka yang bercakap bohong?

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea

hensem bhai bapa Yoon Young waktu muda tapi disebabkan bapa dia tak bertanggungjawab memang Yoon Young benci giler dengan bapa dia. Dari awal lagi bertemu dengan Baek Hee Sub (Lee Won Jung), dia anti giler sampaikan Hee Sub baru nak berkenalan dengan Soon Ae terus kena sembur dengan Yoon Young.

Benda yang Yoon Young terkejut bila tahu Baek Hee Sub merupakan salah seorang saspek kes tersebut. Adakah Baek Hee Sub pembunuh sebenar atau cuba melindungi seseorang?

Makin lama di situ, Yoon Young makin mengenali siapa sebenar bapanya dan kenapa emaknya boleh jatuh cinta dengan bapanya tapi adakah Yoon Young akan merestui hubungan tersebut bila tahu ada benda yang lebih penting bapa dia akan pertahankan lebih dari dia dan ibunya yang menyebabkan keluarga mereka berantakan.

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea

ingatkan Hae Joon tak ada kaitan dengan kampung tersebut rupa-rupanya dia cucu ketua kampung disitu patutlah ketua kampung asyik cakap muka mereka ada iras-iras tapi Hae Joon tak rapat dengan datuknya walaupun dibesarkan oleh datuknya manakala ayahnya menetap di luar negara.

Hae Joon akan cari datuknya bila nak minta bantuan sebab orang kampung di situ sangat hormatkan datuknya jadi mereka akan menurut kata datuknya.

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea

dalam drama time travel, bila Hae Joon dan Yoon Young cuba mengubah sesuatu akan ada benda yang effect di kemudian hari. Walaupun Hae Joon dan Yoon berjaya menyelamatkan dua orang mangsa tersebut tapi mereka tetap tak boleh mengubah takdir orang yang mati sebab mangsa tersebut akan mati juga cuma tarikh dan masa akan berubah.

Sampai satu tahap Hae Joon frust juga sebab masih lagi tak dapat klu pembunuhnya tapi makin lama mereka gali banyak rahsia yang mereka tahu.

Disebabkan polis zaman tu buat kerja lembab sampai ada mangsa yang selamat pun tak diberi perlindungan yang sepatutnya. Hae Joon guna pengalaman dia dengan meminta bantuan media cover kes pembunuhan tersebut untuk menekan polis supaya buat kerja dengan lebih cekap. Berjaya mereka menangkap penjenayah sebenar?

My Perfect Stranger (2023) | Review Drama Korea

Selain penyiasatan suka tengok macam mana Hae Joon dan Yoon Young cuba mengubah masa depan remaja ini, biasalah budak muda suka ikut perasaan dan pilih jalan salah. Dalam masa yang sama Hae Joon dan Yoon Young saling jatuh cinta, nak cakap sweet takde sangat tapi suka relationship mereka smooth saja develop.

sis suka dengan drama ni sebab jalan cerita dia menarik juga dan barisan pelakon dia best. drama ni banyak plot twist dan seriusly aku tak boleh teka siapa pembunuhnya, pandai betul pembunuh dia sembunyi.

tapi ada juga plot hole dalam drama ni terutama benda yang berlaku pada masa hadapan. aku tertanya kenapa Hae Joon dibunuh in the future kalau pembunuh tu ada kena mengena dengan dia. pastu kenapa emak Yoon Young jadi target pembunuh dalam dua timeline ni. tapi overall nice story dan suka ending dia.

Baca juga :