Telefilem : Perempuan Tanpa Cinta
Produksi : Northern Lights Pictures
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Siaran : TV2
Tayangan : 29 Jun 2023
Pelakon : Erra Fazira, Azri Iskandar, Nur Risteena, Syafiq Nazri, Bea Rameshan, Jasper Supayah, Hanna Qistina, Hazreeq Dean, Kamaliah Mat Dom, Taib Mahmood
Perempuan Tanpa Cinta mengisahkan Zara (Nur Risteena) dan Razif (Syafiq Nazri) yang berkahwin atas dasar cinta namun selepas dua tahun berkahwin, Raziq mula berubah dan menjadi panas baran. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai anak, Zara juga terasa hati kerana telah beberapa kali mengalami keguguran.
Razif mengambil keputusan untuk berkahwin lain, tidak lama kemudian Zara disahkan mengandung. Keluarga Zara turut campur tangan apabila tahu anak mereka dimadukan dan mahu Razif menceraikan Zara sebaik sahaja bayi Zara selamat dilahirkan.
Zara mengalami kemurungan selepas melahirkan bayinya apabila menerima berita kematian ibu dan ayahnya akibat kemalangan jalan raya. Razif menggunakan keadaan mental Zara yang kurang stabil untuk menuntut penuh hak penjagaan anak menyebabkan Zara tidak lagi bertemu dengan anaknya sehinggalah anaknya itu dewasa.
Nadine yang menjadi intern di syarikat milik Zara (Erra Fazira) tertarik dengan Zara membuatkan dia teringat arwah ibunya yang telah meninggal dunia. Dalam masa yang sama, Nadine mempunyai konflik dengan ayahnya, Razif (Azri Iskandar) apabila rasa dirinya tidak disayangi dan ayahnya selalu melebihkan abangnya, Haider (Hazeeq Dean) dalam segala hal.
Suatu hari, Zara terlibat dalam kemalangan jalan raya dan tidak mempunyai waris untuk menjaganya. Nadine dengan ikhlas hati membantu menjaga Zara, dalam masa yang sama dia mengetahui rahsia yang disembunyikan ayahnya selama ini. Masih ada kesempatan lagi buat Razif untuk menebus dosa dan kesilapan lamanya?
jalan ceritanya agak sedih sebab banyak dugaan menimpa Zara dari waktu muda sampailah ke penghujung hayatnya. bila sampai waktu timeline Nadine dan Zara yang kini lakonan Erra Fazira agak confuse sikit sebab penulis try hard nak bagi nampak macam Nadine ni anak Zara. aku pun confius juga sebab Nadine ada abang bukan sepatutnya abang dia anak Zara tapi watak abang dia macam tak penting.
Razif time muda menyakitkan hati dok buat naya bini dan anak sendiri, time tua pun tak reti nak bertaubat juga tak pernah cuba beritahu Haider perkara sebenar. kalau Nadine tak beritahu pasal Zara sakit maybe sampai kesudah dia tak bertaubat.
itulah banyak benda yang aku confius dengan citer ni kalau Haider tu anak Zara kenapa dia tak adil pada Nadine, alasan tak nak Haider rasa tersisih macam tak cukup kuat. pastu bukan Nadine ni dari awal dah nampak surat beranak Haider kenapa dia tak perasan nama ibu kandung Haider sama dengan nama bos dia. kenapa kat hujung dia terkejut pula? ke dokumen lain yang dia nampak dalam sampul tu di awal cite tu? takkan Haider tak pernah tengok surat beranak dia selama ni? pening aku dengan cite ni sebab banyak sangat flaw.
actually jalan ceritanya agak menarik nak cerita tentang ketabahan Zara menghadapi dugaan dalam hidupnya tapi itulah tak best bila tak diolah dengan baik dan setiap watak pun tak dikembangkan dengan baik, rasa geram pula tengok Razif takde effort langsung nak perbetulkan kesilapan dia pada Zara. penghujungnya sangat sedih, kesian dengan Haider sebab dapat tahu pasal ibu dia pun dah terlambat.