Tajuk : Sayang Tanpa Ragu
Penulis : Hezzy Azra
Helaian : 368
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Terbitan : Mei 2023
Deanna tidak pernah putus asa untuk mencari cinta. Dia percaya… siapa, bila dan di mana, semua itu rahsia Ilahi. Dia yakin, satu hari nanti muncul si dia yang mewujudkan getaran di hati. Tetapi dia tidak menyangka… muncul dua orang sekali dalam satu masa!Raez; peguam yang bergaya dan berkarisma. Pernah diintainya sejak zaman sekolah dahulu. Pilihan yang pasti mama akan setuju.Khalif; lelaki misteri yang telah menyelamatkannya. Bila dia mencari, lelaki itu ‘nowhere to be found’. Tapi tiba-tiba muncul di depan mata dan mengindahkan harinya.Satu penyelewengan telah berlaku. Raez bertindak sebagai peguam untuk mewakilinya. Tetapi nama defendan yang disebut itu… Khalif?Deanna keliru. Siapa yang patut dipercayainya? Siapa yang patut disayangi tanpa rasa ragu?
Review Novel Sayang Tanpa Ragu by Hezzy Azra
Pertemuan pertama Deanna dan Khalif berlaku ketika Deanna menghadiri majlis perkawinan kawan sekolah di Australia. Berlaku satu insiden antara mereka dan Deanna jatuh hati dengan Khalif, Deanna cuba mencari maklumat mengenai Khalif tetapi lelaki itu terlalu misteri.
Beberapa bulan kemudian, Deanna dan Khalif bertemu lagi dan kali ini Khalif selalu membawa stray cat untuk dirawat di klinik milik Deanna yang merupakan seorang doktor haiwan. tapi itulah Khalif ini terlalu misteri, terlalu perahsia sampai nak dapat nombor dia pun kemain susah semua kena contact pembantu dia.
Dalam masa yang sama, Raez seorang penguam hebat tertarik dan cuba mendekati Deanna. Berbeza dengan Khalif, Raez agak mendesak dan sekali kau bagi peluang kat dia, dia akan perasan yang hubungan mereka semakin rapat. Raez ni memang terlalu baik tapi baik dia tu aku tak berkenan sebab baik yang ada makna.
Hubungan Deanna dan Khalif jadi complicated apabila syarikat Khalif terlibat dalam penyelewengan dana yang diberi oleh ayah Deanna, dan Raez pula mewakili ayah Deanna. Waktu ini baru Deanna tahu siapa sebenarnya Khalif. tapi adakah Khalif bersalah?
Novel ni tak sweet sangat tapi comel dan aku suka sebab watak Khalif yang terlalu misteri sampai curious habis siapa dia sebenarnya. Jalan ceritanya menarik dan sangat smooth tapi tak sangka Raez punya obsess sampai bertindak melampaui batas. cuma itulah rasa tak puas baru je nak enjoy moment bila cinta mereka akhirnya bersatu tapi dah tamat. Overall nice story.
**MY RATING : 4.5/5**
Baca juga :