Misteri Mona (TV3) | Sinopsis Drama

Misteri Mona (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Misteri Mona
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Abdul Nasir, Amor Rizan
Siaran : TV3
Tayangan : 10 Disember 2020
Episod : 8
Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Shafitee, Alif Hadi, Amir Rahim, Aishah Bujang, Azhar Amir, Jeff Sali


Sinopsis Drama Misteri Mona

Sebuah drama psiko thriller mengisahkan Farah (Elisha Sandha) graduan lepasan universiti yang masih mengganggur terdesak mencari duit untuk membayar rumah sewa memohon kerja sebagai caregiver di rumah Dr. Nadeem (Redza Rosli).

Pelbagai syarat yang dikenakan oleh Dr Nadeem seperti memadamkan semua media sosial miliknya. Walaupun pelik, Farah bersetuju dan menerima kerja menjaga isteri majikannya iaitu Anom (Janna Nick).

Tugas Farah agak mudah apabila hanya perlu memastikan Anom mengambil ubat pada waktu yang ditetapkan selain masak makanan tengahari untuk Anom dan dibenarkan pulang selepas kerjanya selesai. Hanya satu larangan yang dikenakan, Farah tidak dibenarkan memasuki bilik bawah tanah yang berada di rumah tersebut.

Misteri Mona (TV3) | Sinopsis Drama

Walaupun Anom nampak normal tapi ada waktunya sukar dikawal kerana mengalami gangguan emosi yang kronik kerana melalui zaman kanak-kanak yang tragis.

Suatu hari Farah terjumpa nota yang terselit di dalam begnya tapi tulisan dalam nota tersebut tidak sepadan dengan Anom atau Dr. Nadeem. Farah mula tertanya-tanya siapa yang menghantar nota tersebut kepadanya.

Pelbagai misteri yang berlaku, apa yang cuba disembunyikan oleh Dr Nadeem dari pengetahuan isterinya? Apakah punca Anom mengalami gangguan emosi dan siapakah Mona?