Filem : Imaginur
Produksi : Lumatic Films
Pengarah : Nik Amir Mustapha
Penulis Skrip : Redza Minhat, Nik Amir Mustapha
Network : Prime Video
Tayangan : 23 Februari 2023
Pelakon : Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Aflin Shauki, Meor Hashim Manaf, Rahim Razali, Ruzana Ibrahim, Pekin, Takahara Suiko, Anas Ridzuan
Filem Imaginur mengisahkan Zuhal (Beto Kusyairy) seorang penulis dan banyak benda yang berlaku dalam hidup dia, kena jaga bapanya yang menghidap alzheimer pastu teman wanita pula bertunang dengan orang lain sampai Zuhal diserang panik attack.
Suatu hari semasa menemani bapanya menerima rawatan di hospital, ada seorang mak cik rekomen dia sebuah klinik yang memberi rawatan hipnosis dikendalikan oleh Dr Rahim (Afdlin Shauki).
Kemudian Nur (Diana Danielle) yang selalu muncul di dalam mimpinya tiba-tiba berada di depan mata. Siapa sebenarnya Nur? Adakah Nur wujud atau itu semua imaginasi Zuhal?
Jalan cerita Imaginur agak complicated dan pening sikit sebab terlalu banyak persoalan. macam Rahim cakap, Zuhal ni stuck di tempat yang sama kerana trauma yang berlaku dan tak boleh bergerak ke hadapan sebab tu cerita dia asyik ulang cycle yang sama sebab itu yang Zuhal rasa dan dia sendiri lupa apa yang dia lupa.
suka dengan dialog dia dan tempat yang mereka shooting di Perlis memang sangat cantik. suka gandingan Diana dan Beto dalam filem ni. tapi filem ni agak berat juga dan pening juga aku cuba nak faham apa yang berlaku. Kesimpulannya, Zuhal ni macam lost dan hilang arah dengan apa yang berlaku dalam hidupnya so dia kena bangkit dan cari balik benda yang hilang untuk temui kebahagian dalam hidupnya.
Baca juga :