Tajuk : Adanya Engkau
Penulis : Ieya Sya
Helaian : 508
Penerbit : Kaseh Aries Publication
Terbitan : Mac 2022
SINOPSIS:
Naira – Gadis manis yang murah dengan senyuman. Tetapi menangis terluka ketika sendirian. Ada kesedihan dan rasa terkilan menjadi bebanan yang sukar dilepaskan.Karl – Pemuda yang cukup pakej sebagai lelaki pujaan, punyai segala-galanya termasuklah tiga sahabat yang setia. Namun dingin dan menutup pintu hatinya untuk wanita lain.Mereka dipertemukan di Langkawi atas alasan cuba mencari keserasian dalam perjodohan keluarga. Sekembalinya dari sana, si gadis yang mulanya menerima, kini menolak. Tapi sebaliknya pula bagi Karl.“Karl setuju mak pergi merisik Naira.” – Karl“Kita tak patut berkahwin, Karl.” – NairaPerkahwinan itu terjadi juga walau tujuannya tidak sama. Dalam proses mengenali diri, tanpa mereka sedar ada hati disentuh rasa. Ada jiwa berlagu cinta. Namun belum sempat berkembang, kehadiran kekasih lama mengkucar-kacirkan keadaan.“Saya masih cintakan awak.” – Fara“Kau betul, Alli. Aku tak sanggup bayangkan hidup tanpa dia.” – Karl“Awak masih cintakan dia. Awak tak move on langsung, Karl.” – NairaSaat hubungan di hujung tanduk, persoalan yang sentiasa menjadi bebanan dalam fikiran Naira akhirnya terjawab juga. Semakin menambah luka di hatinya.“Dia yang patut mati dari dulu lagi. Bukan anak saudara saya.” – NairaApakah peristiwa yang membuatkan Naira menderita? Siapa pula yang menjadi pilihan Karl? Kekasih hati yang setia menanti, atau isteri yang rela mengundur diri?
Review Novel Adanya Engkau
Mengisahkan Karl yang masih selesa hidup membujang dan ditemani oleh tiga orang rakan baiknya. Suatu hari, Karl dan kawan-kawannya membuat perancangan bercuti ke Langkawi dan membawa sekali ibu bapa Karl. tup-tup mak dia cakap nak bawa sekali calon isterinya yang ke-6 pergi bercuti sekali. benganglah si Karl.
Sepanjang di Langkawi, Karl memang kerek betul dengan Naira dan cakap nak tolak dia so Naira menerima keputusan Karl dengan baik. bila balik bercuti tiba-tiba Karl hantar rombongan meminang. so ada sikit beberapa konflik yang berlaku dan akhirnya mereka setuju berkahwin.
aku suka watak Karl sebab waktu awal perkahwinan, Karl sudah beritahu walaupun mereka berkahwin sebab cinta tapi dia nak hubungan ini berkekalan dan jalankan tanggungjawabnya dengan baik di samping mereka belajar mengenali diri pasangan mereka. cuma satu hal, Karl tak pernah open cakap pasal perasaan dia dan langsung tak sedar siapa sebenar yang dicintainya.
so benda ni yang menganggu rumah tangga mereka sebab Naira jadi insecure ditambah pula Naira ada depression disebabkan tragedi hitam yang berlaku dalam keluarganya dan kemunculan semula bekas teman wanita Karl iaitu Fara.
bila baca part Naira memang sedih sebab Naira rasa kesunyian dan dihantui rasa bersalah dengan kematian anak buahnya. tapi penat juga dengan perangai Naira sebab dia macam salahkan orang lain yang tak faham perasaan dia sampai hubungan dia dengan keluarganya pun terjejas.
aku suka jalan cerita dia dan berat dengan emosi. bila part Naira dan Karl ni comel je, time gaduh alahai geram pula dengan perangai Naira dan selalunya Karl yang terpaksa mengalah. di penghujung ada plot twist yang berlaku. overall nice story.
**MY RATING : 4/5**