Filem : Operasi X
Produksi : Dream Pictures Production
Pengarah : Sandosh Kesavan
Penulis Skrip : Atiqah Jani, Sandosh Kesavan
Network : Netflix
Tayangan : 1 November 2018
Durasi : 1 jam 46 minit
Pelakon : Aaron Aziz, Awie, Nasir Bilal Khan, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Jibob, Hairi Safwan, Amerul Affendi, Azzahra Ahmad, Rafizah Shima, Nashra, Zaidi Omar
Operasi X mengisahkan ASP Redzuan (Aaron Aziz) yang mengambil cuti panjang selepas kehilangan kawan baiknya, Aman (Hairi Safwan) dalam satu operasi membanteras geng Belut yang terlibat penyeludupan dadah kerana sudah hilang kepercayaan pada pasukan polis.
Tidak lama kemudian Redzuan dipanggil bertugas semula untuk menumpaskan geng Belut selepas Dato Mokhtar (Yusof Haslam) datang sendiri untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku berkaitan kes Belut dan kematian Aman.
Manakalala Belut (Awie) mahu membalas dendam kepada pihak polis kerana percaya adiknya, Mat Bong (Amerul Affendi) mati di tangan polis tanpa menyangka ada orang dalam yang cuba menikamnya dari belakang.
Filem Operasi X baru keluar di Netflix so layan je lah, actually jalan ceritanya agak menarik tapi banyak kelemahan menyebabkan filem ni secara keseluruhannya kurang menyerlah.
Antara sebabnya terlalu fokus pada watak Belut dan cuba masukkan unsur komedi melalui watak Belut. bagi aku, kalau kau nak buat watak jahat tu biar kejam giler supaya kita menyampah dan tak ada nak rasa kesian langsung dengan watak villain. banyak screentime dibazirkan pada scene Belut.
Lagi satu watak Lady Lion lakonan Rafizah Shima, nama macam gempak giler tapi langsung tak ada function setakat jadi escort girl. pastu dah la dapat satu scene lawan terus kelaut. buang masa betul!.
Untuk melaksanakan operasinya, Redzuan bawa masuk Pablo (Hairul Azreen), Ali Mat (Hefny Sahad), Janggut (Jibob) dan Nash (Nashra) yang mempunyai kepakaran tersendiri.
Bila sampai scene diorang ni aku rasa interesting dan akan jadi lebih best kalau pengarah lebih fokus pada plan Redzuan dan pasukan dia ni buat kerja dan tunjuk teamwork chemistry diorang berlima, tapi itulah watak penjahat lebih banyak dapat higlight menyebabkan watak Redzuan dan jalan ceritanya kurang menyerlah.
kadang aku rasa Awie sebenarnya watak utama dalam cerita ni bukan Aaron Aziz. overall percubaan yang bagus tapi banyak yang kena improve.