Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama

Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama

Title : Fireworks of My Heart
Director : Li Mu Ge
Screenwriter : Xu Su
Network : iQIYI
Release Date : 5 July 2023
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Genre : Romance
Cast : Yang Yang, Wang Chu Ran, Wang Yan Lin, Zhang Yue, Wei Da Xun, Wang Guan, Yang Chao Yue, Vin Zhang

SYNOPSIS:
In the ten years since their forced separation, both Song Yan and Xu Qin have worked hard to build the life they’ve always wanted. As fire chief, Song Yan has dedicated his life to saving others. Oddly enough, Xu Qin has also made it her life’s work to save others as an emergency doctor. Though working in entirely different fields, it was only a matter of time before fate stepped in to reunite the former friends. Brought together by their work, Song Yan and Xu Qin aren't exactly thrilled to be reunited once again.

ada satu lagi chinese drama yang best tengah trending sekarang sebab hero dia Yang Yang dan heroinnya Wang Chu Ran yang berlakon dalam Have A Crush On You. drama ni slow burn romance so agak slow juga nak tengok hero dan heroin dia bersatu tapi sebab Yang Yang berlakon terus je kita layan.

Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama


Fireworks of My Heart mengisahkan Xu Qin (Wang Chu Ran) dan Song Yan (Yang Yang) yang bercinta waktu sekolah tapi hubungan mereka terputus kerana keluarga Xu Qin yang menghalang.

Sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula, Song Yan seorang ahli bomba dan Xu Qin pula seorang doktor di unit kecemasan. Xu Qin cuba approach Song Yan balik tapi Song Yang lebih fokus pada kerjaya dan tak terfikir untuk baiki semula hubungan mereka yang sudah lama terputus.

Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama


Mula-mula tu geram juga dengan Song Yan sebab langsung tak bagi peluang dan kemain garang dengan Xu Qin. bila flashback dan tahu sebab mereka breakup baru faham kenapa Song Yan jadi macam tu.

Zaman sekolah dulu Song Yan ni agak nakal dan tak minat sangat belajar, dari awal lagi dia suka giler dengan Xu Qin sampailah mereka bercinta sekejap. Xu Qin pula dari keluarga kaya, bila emak dia tahu emak dia ugut sampai Xu Qin terpaksa putuskan hubungan mereka. 

Walaupun Song Yan bagi peluang pada Xu Qin dan bercinta semula tapi dia tahu kalau ada campur tangan dari keluarga Xu Qin, hubungan mereka takkan kemana sebab Xu Qin tetap akan pilih keluarga dia.

Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama

Xu Qin seorang introvert dan timid, dari kecil lagi diambil jadi anak angkat keluarga Meng. Xu Qin sangat sayang keluarganya dan patuh dengan emak dia mungkin sebab terhutang budi juga kot.

Emak dia agak annoying sebab nak control everything dalam keluarga termasuk kehidupan Xu Qin dan abangnya, Meng Yangchen (Wei Da Xun). kiranya semua bendalah emak dia nak control sampai kerjaya dan relationship anak-anak pun dia sibuk nak campur tangan. Emak dia reject Song Yan dulu sebab keluarga mereka tak setaraf.

So kalau Xu Qin mahu bersama Song Yang, dia kena berani dan fight emak dia tapi itulah Xu Qin masih belum ada keberanian dan sangat taat dengan emak dia.

Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama

Meng Yangchen macam Xu Qin juga tak berani lawan emak mereka tapi kadang nampak dia tak suka juga bila emak dia nak ambil tahu urusan syarikat macam mempersoalkan cara dia buat kerja. Yangchen dari kecil sangat sayang dengan Xu Qin tapi aku rasa dia ni ada simpan perasaan pada Xu Qin.

Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama

rasa macam baru habis tengok drama Here We Meet Again terkejut bila Vin Zhang tiba-tiba muncul dalam drama ni. Watak dia sebagai Suo Jun seorang supervisor atau fire instructor dan juga kawan baik Song Yan. Mereka sangat rapat dan mempunyai misi dan visi yang sama dalam melatih anak buah mereka.  Vin Zhang berlakon dalam drama ni sekejap sahaja sampai episod 9.


Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama

Episod 10 sedih, Xu Qin sampai mabuk pergi meluahkan perasaan dan marah Song Yan tak pernah buat apa-apa pun untuk baiki semula hubungan mereka.

Scene ni sedih sebab boleh nampak Song Yan pun masih ada perasaan pada Xu Qin dan terluka tengok keadan Xu Qin macam tu. tapi persoalannya kalau Song Yan fight untuk cinta mereka, adakah Xu Qin berani ambil risiko untuk mempertahankan cinta mereka dari segala halangan?

Fireworks of My Heart (2023) | Review Chinese Drama

Jalan cerita Fireworks of My Heart berkisarkan kerjaya Song Yang sebagai ahli bomba dan Xu Qin sebagai doktor, kalau nak tengok progress relationship diorang memang sangat slow.

tapi satu benda yang suka dalam drama ni adalah watak Yang Yang sebagai Song Yan, sebelum ni karakter dia sepesen je tapi dalam drama ni nampak banyak emosi. comel tengok Song Yang jadi budak sekolah yang nakal tapi bila dewasa serius dan garang betul dengan anak buah dia dan Xu Qin tapi bila seorang diri sibuk layan jiwang mengenang cinta dua darjat yang terhalang.

kalau nak dibanding dengan drama abang bomba A Date With The Future, Fireworks of My Heart lebih berat dan banyak konflik yang berlaku. tapi sis suka layan citer slow dan pain macam ni sebab lebih feel bila tengok progress relationship dan watak masing-masing. siapa yang minat Yang Yang bolehlah join sekali tengok tapi better tunggu drama ni habis tayang dulu.

Baca juga: