My Happy Marriage #1 by Akumi Agitogi | Book Review

My Happy Marriage #1 by Akumi Agitogi | Book Review

Tajuk : My Happy Marriage, Vol 1
Penulis : Akumi Agitogi
Helaian : 208
Tahun Terbitan : 2019

SINOPSIS:
In the 19th-century Meiji Restoration era, Miyo Saimori, who is born without supernatural talent, is forced into an existence of servitude by her abusive stepmother. When Miyo finally comes of marriageable age, though, her hopes of being whisked away to a better life crumble after she discovers her fiancĂ©’s identity: Kiyoka Kudou, a commander apparently so cold and cruel that his previous would-be brides all fled within three days of their engagements. With no home to return to, Miyo resigns herself to her fate—and soon finds that her pale and handsome husband-to-be is anything but the monster she expected. As they slowly open their hearts to each other, both realize the other may be their chance at finding true love and happiness.

Novel My Happy Marriage dah keluar versi anime di Netflix, aku suka storyline dia tapi lambat giler nak tunggu episod baru setiap minggu so dah alang-alang ada mood membaca terus baca dia punya e-book.

My Happy Marriage #1 by Akumi Agitogi | Book Review

My Happy Marriage mengisahkan Miyo Saimori seorang gadia berusia 19 tahun yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan tapi dilayan seperti hamba oleh keluarganya sendiri. Selepas emaknya meninggal dunia, ayahnya berkahwin lain dan lebih sayang keluaga barunya. Miyo pula terus dibuli oleh emak tiri dan adik tirinya, Kaya. cerita dia klise ala-ala cinderella gitu.

Suatu hari, ayah dia buat keputusan untuk tunangkan Kaya dengan Kouji Tatsuishi, anak kepada kenalan baik keluarga mereka. Miyo pula dihantar jauh untuk ditunangkan dengan Kiyoka Kudo.

Novel ni lebih kepada romance tapi terselit sikit mengenai supernatural tentang Gift yang boleh nampak spirit yang mereka panggil Grotesqueris. Bilangan Gift tak ramai dan selalu mereka yang ada special power dipandang tinggi dan bekerja dengan Emperor. Antaranya keluarga Samoiri dan Tatsuishi dan paling tp keluarga Kudo yang  merupakan ketua unit anti-Grotesqueris.

Miyo Samoiri - tidak mempunyai keyakinan diri dengan segala penderaan yang dilalui dari kecil, lagi pula disisih bapa sendiri sebab dia tidak mempunyai Spirit Sight. Apabila ditunangkan dengan Kiyoka dan tahu betapa hebat tunangnya, dia rasa dirinya tak layak sebab tak ada special power.

Kiyoka Kudo - berusia 27 tahun, ketua keluarga Kudo dan orang penting dalam army. Kiyoka sangat beku dan ramai tunangnya sebelum ini yang tak tahan dan lari selepas tiga hari. tapi dia nampak Miyo lain dengan gadis elit yang ditunangkan dengan dia sebelum ni. Kiyoka mengarahkan orangnya untuk siasat mengenai Miyo dan selepas tahu apa yang dilalui oleh Miyo sebelum ni, dia cuba melindungi Miyo. Kiyoka menerima Miyo seadanya walaupun tahu Miyo tak ada kuasa dan selalu bagi sokongan untuk Miyo bina keyakinan diri.

Kaya Samoiri - Adik tiri kepada Miyo, sentiasa cemburu Miyo dan mahu dapatkan lebih perhatian. Kaya tahu tunangnya Kouji ada perasaan pada Miyo tapi dia happy dapat rampas Kouji dari Miyo. tapi bila tahu Miyo dilayan dengan baik sekali oleh Kiyoka, Kaya rasa cemburu dan cubab merampas Kiyoka dari Miyo.

Koiji Tatsuishi - menyimpan perasaan pada Miyo dan tahu segala penderaan yang dilalui oleh Miyo. Koiji terima pertunangannya dengan Kaya dengan harapan dapat melindungi Miyo tapi dia dapat tahu Kaya dan bapanya ada merancang sesuatu yang jahat pada Miyo.

Minoru Tatsuishi - actually orang yang jahat bapa Tatsuishi sebab dari awal lagi dia nak Miyo berkahwin dengan anak sulungnya sebab Miyo dari keturunan Usuba yang ada special power walaupun bapa Miyo cakap Miyo ni useless. dia tak nak niat dia tu nampak sangat so dia nak kahwinkan dulu Koiji dengan Kaya. tapi Minoru dah terlambat tahu yang bapa Miyo dan hantar Miyo kepada keluarga Kudo. so dia cuba cari jalan untuk dapatkan Miyo balik.

My Happy Marriage #1 by Akumi Agitogi | Book Review

My Happy Marriage Vol 1 lebih kepada pengenalan watak dan percintaan yang mula berputik antara Miyo dan Kiyoka. Kiyoka menerima Miyo seadanya walaupun Miyo tak mempunyai kuasa Spirit-Sight. Sepanjang tinggal di kediaman Kiyoka, Miyo mengenali Kiyoka seorang yang baik walaupun banyak mengatakan tunangnya seorang yang kejam. Dalam masa yang sama dia belajar untuk bina semula keyakinan dirinya dan lebih berani untuk meluahkan perasaan dan masalahnya pada Kiyoka.

Konflik tercetus apabila Kaya tidak senang melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Miyo dan mahu merampas Kiyoka. berakhir dengan mereka yang jahat mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

First Volume lebih kepada romance, part supernatural pasal Grotesqueris tak ada sangat lebih kepada Gift yang menyalahguna kuasa yang mereka ada. Overall, cerita dia macam klise ala Cinderella tapi ada elemen supernatural yang diselitkan oleh penulis untuk buat jalan ceritanya lebih menarik.