The Longest Promise (2023) | Review Chinese Drama

The Longest Promise (2023) | Review Chinese Drama

Title : The Longest Promise
Director : Jeffrey Chiang
Screenwriter : Wu Ying Ying
Network : Tencent Video
Release Date : 2 July 2023
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Fantasy
Cast : Xiao Zhan, Ren Min, Alen Fang, Wang Chu Ran, Wang Zi Qi, Marcus Li

SYNOPSIS : 
From the Kong Sang Continent comes the tale of the tumultuous love story of Princess Zhu Yan of the Chi Yi Tribe and Royal Prince Shi Ying. The framing of the Queen results in the Prince being banished to Jiu Yi Mountain to cultivate. 

Once solely focused on his tasks, he develops romantic feelings for his disciple Zhu Yan. But their student/teacher relationship prevents either from expressing their true feelings. Fate then works against them when they choose opposing sides in a political struggle of life and death proportions. Eventually, putting aside their issues, they pledge to protect their beloved Kong Sang Continent.

The Longest Promise (2023) | Review Chinese Drama

The Longest Promise mengisahkan Shi Ying (Xiao Zhan), putera mahkota Kong Sang yang dibuang oleh ayahandanya kerana difitnah oleh gundik kesayangan baginda.

Alkisahnya ada tempat suci antara langit dan bumi yang dipanggil Yunhuang yang dihuni oleh beberapa suku seperti Kong Sang, Merfolk dan Ice Clan, dan berlaku beberapa konflik antara mereka. Maharaja Kong Sang beberapa kali cuba berdamai dengan suku lain tapi selalu tidak berjaya sampailah kepada ayah Shi Ying yang memerintah.

The Longest Promise (2023) | Review Chinese Drama

Sewaktu kecil, Shi Ying mempunyai skill yang hebat untuk menggantikan tempat ayahnya sehingga suatu hari dia menegur gundik kesayangan ayahnya yang tengah membuli seorang gadis. biasalah gundik ni play victim pastu cakap Shi Ying nak bunuh dia padahal dia yang bunuh diri sendiri.

Emak Shi Ying menyelamatkannya anaknya dengan menghantar Shi Ying keluar dari istana dan mengatakan Shi Ying telah meninggal dunia dalam kebakaran. Raja yang kecewa dengan kematian gundik kesayangannya yang sarat mengandung anaknya marah betul dengan anak sendiri sampai merahsia kematian Shi Ying dan melarang orang untuk melakukan upacara penghormatan atau meratapi kematian Shi Ying.

Shi Ying pula mengikut orang kepercayaan emaknya dan pergi bertapa di Gunung Jiuyi. Shi Ying kemudiannya bertemu Zhu Yan yang menjadi salah seorang anak muridnya.

The Longest Promise (2023) | Review Chinese Drama

bila dah masuk Netflix kita tengok je lah. apa yang aku boleh komen jalan ceritanya agak menariknya mengenai hero yang dibuang ayah sendiri sebab lebih percaya orang luar yang ada agenda tersembunyi.

tapi aku terganggu tengok drama ni sebab penulis create watak heroin kurang memuaskan dan lakonan Ren Min sebagai watak utama pun biasa-biasa je. tipikal watak heroin dalam cdrama yang acah-acah comel dan ikut kepala dia.

Overall, plot dia menarik tapi tak cukup kuat untuk aku tengok drama ni sampai habis.

Baca juga :