‘Aunty Reporting For Duty’ Cabar Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias & Noorkhiriah

Aunty Reporting For Duty’ Cabar Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias & Noorkhiriah

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Astro Warna bawakan satu lagi program komedi variasi terbaharu yang mencabar barisan selebriti senior wanita iaitu Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias dan Noorkhiriah mengharungi pelbagai pekerjaan rakyat Malaysia dalam ‘Aunty Reporting for Duty’. Program ini turut memaparkan pelbagai reaksi spontan dan mencuit hati apabila ‘aunty aunty’ ini terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak pernah terlintas dikepala mereka.

Menerusi sembilan episod, barisan ‘Aunties’ yang berusia antara 74 tahun – 46 tahun ini diberi tugas untuk mencabar diri mereka dalam pelbagai pekerjaan yang menguji fizikal, mental dan emosi termasuk sebagai nelayan, pramugari, renjer hutan, atlet, mekanik serta bidang-bidang yang memerlukan kepekaan dan teknik yang betul seperti paramedik. Pelbagai reaksi dan aksi lucu bakal disaksikan penonton apabila realiti dan karakter sebenar setiap barisan selebriti senior ini yang tidak pernah diketahui oleh khayalak ramai, terkeluar semuanya dalam ‘Aunty Reporting For Duty’.

Aunty Reporting For Duty’ Cabar Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias & Noorkhiriah

Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, “Jika sebelum ini penonton hanya melihat lakonan mereka dalam drama-drama, telefilem dan sebagainya, tetapi kini dalam ‘Aunty Reporting For Duty’, kita bakal menyaksikan realiti karakter dan perangai sebenar mereka diluar set pengambaran.

Karakter barisan selebriti yang kita tampilkan dalam program ini, pastinya sangat ‘relatable’ dan dekat dengan penonton, dan cuba anda bayangkan jika ibu, makcik atau nenek kita dalam situasi itu? Anda tidak akan kering gusi menyaksikan kerenah lima ‘Aunties’ ini melakukan pekerjaan luar dari keselesaan mereka yang belum pernah dipaparkan di mana-mana platform. Program ini juga telah

membuktikan bahawa usia dan jantina bukanlah penghalang untuk mempelajari sesuatu yang baharu, yang luar dari keselesaan kita”.

Aunty Reporting For Duty’ Cabar Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias & Noorkhiriah

‘Aunty Reporting For Duty’ akan ditayangkan pada setiap hari khamis, bermula 31 Ogos 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Warna (107). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.