Latest Drama/Movie Get our latest posts by subscribing this site

Pacific Rim (2013)

Saturday, 24 May 2014



Genre: Action | Adventure | Sci-Fi
Size: 923.80 MB
Quality: 720p
Resolution: 1280*720
Frame Rate: 23.976 fps
Language: English
Subtitles: Download Subtitles
Run Time: 2hr 11 min
IMDB Rating: 7.1/10

Synopsis
As a war between humankind and monstrous sea creatures wages on, a former pilot and a trainee are paired up to drive a seemingly obsolete special weapon in a desperate effort to save the world from the apocalypse. When monstrous creatures, known as Kaiju, started rising from the sea, a war began that would take millions of lives and consume humanity’s resources for years on end. To combat the giant Kaiju, a special type of weapon was devised: massive robots, called Jaegers, which are controlled simultaneously by two pilots whose minds are locked in a neural bridge. But even the Jaegers are proving nearly defenseless in the face of the relentless Kaiju. On the verge of defeat, the forces defending mankind have no choice but to turn to two unlikely heroes – a washed up former pilot (Charlie Hunnam) and an untested trainee (Rinko Kikuchi) – who are teamed to drive a legendary but seemingly obsolete Jaeger from the past. Together, they stand as mankind’s last hope against the mounting apocalypse.
Directors
- Guillermo del Toro
Cast
- Idris Elba as Stacker Pentecost
- Charlie Hunnam as Raleigh Becket
- Rinko Kikuchi as Mako Mori
- Charlie Day as Dr. Newton Geiszler

>> DOWNLOAD HERE <<

Oh My English - Hello America (2014)

Friday, 17 January 2014

Oh My English - Hello America (2014)


Kisah Hello America kali ini bermula apabila SMK Ayer Dalam telah terpilih sebagai juara untuk pertandingan filem pendek dan mereka telah memenangi pakej lawatan ke Amerika Syarikat. Lantaran itu, pengembaraan para pelajar Kelas 3 Merah bersama guru-guru mereka pun bermula merentasi benua terus ke kota New York.

Di sana mereka membuat lawatan ke sebuah sekolah menengah di Amerika, merasai pengalaman bermain sukan ragbi Amerika serta mengunjungi lokasi-lokasi terkenal seperti Times Square dan Statue of Liberty.

Namun begitu, konflik peleraian mula tercetus apabila See Yew Soon dan Jibam terpisah jauh daripada kumpulan rombongan dan mereka hanya menyedarinya apabila tiba di Washington DC. Mereka berdua hanya mempunyai beberapa jam untuk kembali ke New York dan bersatu semula bersama kumpulan rombongan kerana jika tidak, mereka mungkin akan terlepas penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Adakah mereka akan sempat pulang pada masanya? Adakah guru-guru mereka akan dapat mencari semula pelajar yang hilang? Dapatkah mereka mengatasi konflik perbezaan bahasa dan budaya di sana tatkala kemahiran Bahasa Inggeris yang mereka pelajari diuji.

Barisan guru seperti Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Cikgu Malik (Aaron Aziz), Encik Mohd Salleh (Harun Salim Bachik) dan para pelajar kelas 3 Merah seperti Azlin (Izara Aishah), See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akhmal Nazri), Mazlee (Zhafir Muzani) and Anusha (Kaameshaa Ravindran)

Tonton Oh My English - Hello America (2014) 

Telemovie - CLICK HERE!
Disebalik Tabir - CLICK HERE!

Semanis Kurma (2014) - TV9


Setiap hari khamis jam 9.30malam di TV9

Tonton

Episod 3 - CLICK HERE!
Episod 2 - CLICK HERE!
Episod 1 - CLICK HERE!

Download

Episod 2 - Davvas | Billionuploads
Episod 1 - Davvas | Billionuploads

Cinta Pandang Ke 2 - Slot Aurora TV9

Cinta Pandang Ke 2, Slot Aurora TV9 - Full Episod

Sebuah drama diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf. Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9.

Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah.

Di sini ZAIRUL HASMAT, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia merantau hingga ke Tokyo untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan yang telah dikhianati.

Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan semua yang telah ditinggalkan.Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya telah menjadikan dia manusia yang hidup dalam bayang-bayang silam.

Sumpahan cinta pertama menghantui dirinya walau dikelilingi ramai wanita jelita. Katanya "Lelaki kalau hendak memikat, modalnya air liur saja.� Katanya lagi "Seorang playboy mesti patuh pada undang-undangnya sendiri." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Lalu dia mengambil keputusan menjadi seorang mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa.

Banyak cabaran yang dihadapinya tetapi dia tetap mengentalkan semangat demi membuktikan yang dia juga boleh berjaya tanpa perlu duduk di kerusi empuk. Di sana AINNUR AZLEEN, seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta lagi. Tetapi cinta itu tetap mengundang tanpa pamitan salam.

Cinta kedua rupanya juga membawa kecundang. Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara. Katanya "Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria." Katanya lagi " DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA. Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai.

Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada. Forgive and forget.

Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat. Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle.

Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.

Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri. Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket.

Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh. Zairul berjaya membawa Ainnur pulang.

Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata. Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.

Tonton Cinta Pandang Kedua, Slot Aurora TV9 Episod 6 - CLICK HERE!
Tonton Cinta Pandang Kedua, Slot Aurora TV9 Episod 5 - CLICK HERE!
Tonton Cinta Pandang Kedua, Slot Aurora TV9 Episod 4 - CLICK HERE!
Tonton Cinta Pandang Kedua, Slot Aurora TV9 Episod 3 - CLICK HERE!
Tonton Cinta Pandang Kedua, Slot Aurora TV9 Episod 2 - CLICK HERE!
Tonton Cinta Pandang Kedua, Slot Aurora TV9 Episod 1 - CLICK HERE!

Ku Cinta Kau Seorang - Slot Lestary TV3

Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 - Full Episod

Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 - Full Episod

Sebuah lagi karya terbaru sutradara Khairul Amri Haji Khalid (Keoi) dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria bakal mengisi slot Lestary menerusi drama rantaian 13 episod berjudul �Ku Cinta Kau Seorang�, menggantikan �Diandra�. Bakal disiarkan mulai 19 November 2013, �Ku Cinta Kau Seorang� terbitan Global Station Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin, Bill Azali, dan ramai lagi.

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato� Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil.

Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato� Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato� Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi. Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan.

Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato� Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.

Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato� Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu.

Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato� Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik. Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda �Untuk Dijual�. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup.

Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak. Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam.

Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa. Batrisya sangat sedih apa yang menimpa hidupnya dalam sekelip mata.

Dia menyalahkan takdir dan sanggup ayahnya meninggalkan dia begitu sahaja. Dia melangkah semula ke rumah Helmi. Helmi memberitahu Batrisya tentang undang-undang di dalam rumah seperti apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Batrisya tidak boleh duduk sahaja dan kena menjaga neneknya jika tidak sila keluar daripada rumah ini.

Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya? Ikuti drama siri �Ku Cinta Kau Seorang� yang menampilkan Remy Ishak dan Amyra Rosli di slot Lestary pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam di TV3!

Tonton Online

Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 8 - CLICK HERE!
Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 7 - CLICK HERE!
Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 6 - CLICK HERE!
Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 5 - CLICK HERE!
Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 4 - CLICK HERE!
Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 3 - CLICK HERE!
Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 2 - CLICK HERE!
Tonton Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3 Episod 1 - CLICK HERE!


Kalimah Jiwa, Slot Azalea TV3 - Full Episod

Thursday, 16 January 2014

Tonton Kalimah Jiwa, Slot Azalea TV3 Full Episod

Tonton Kalimah Jiwa, Slot Azalea TV3 Full Episod

�Kalimah Jiwa� berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia.

Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya. Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea.

Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara.

Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri. Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya.

Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya. Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.

Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah. Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya.

Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian, Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe. Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq.

Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu.

Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina. Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya?

Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan drama KALIMAH JIWA menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3!

Tonton

Tonton Kalimah Jiwa Episod 10, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 9, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 8, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 7, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 6, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 5, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 4, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 3, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 2, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!
Tonton Kalimah Jiwa Episod 1, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!

Download

Episod 5 - Davvas | Billionuploads
Episod 4 - Davvas | Billionuploads
Episod 3 - Davvas | Billionuploads
Episod 2 - Davvas | Billionuploads
Episod 1 - Davvas | Billionuploads

Popular

 
Support : Astro | Tonton | TV9
Copyright © 2013/2014. Tonton Drama Popular - All Rights Reserved
Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger