Sepahtu Reunion Live (2023) - Elly Mazlein

Sepahtu Reunion Live (2023)

Sepahtu Reunion Live kembali semula dengan musim terbaru, baru minggu ini sis sempat tengok kat tv dan artis jemputannya untuk episod ke-6 adalah Elly Mazlein. 

sebelum ini Lisa Surihani, Zarina Anjoulie, Erysha Emyra dan Elisya Sandha dijemput untuk memeriahkan Sepahtu Reunion Live bersama Jep, Rahim Pak Ya dan Ebby Yus.

Sepahtu Reunion Live (2023) - Elly Mazlein

Dalam episod minggu ke-6, Elly Mazlein memegang peranan sebagai Zack seorang gadis tomboy yang ditunangkan dengan Rahim tapi Rahim tak berkenan dengan perwatakan Zack. Rahim meminta bapa (Ebby Yus) dan adiknya (Man Raja Lawak)  untuk mengubah penampilan Zack menjadi gadis yang bersopan santun.

Man mengadu kepada kawannya, Jep yang kini telah berjaya membuka sebuah butik. Jep cuba menasihat dan meminta Zack mengubah imej tomboy. Zack tidak menghiraukan nasihat orang lain sehinggalah dia dihina oleh Rahim yang kemudiannya mahu memutuskan pertunangan mereka.

bila ada Kak Lina Pom Pom dah tentu sitkom jadi lebih menghiburkan dengan telatah bersahaja pastu ada chemistry yang bagus dengan geng sepahtu yang lain. Jalan cerita yang menarik, di samping bergelak ketawa ada pengajaran yang cuba disampaikan.

Saksikan Sepahtu Reunion Live 2023 pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO.