Puaka Cuti Semester (Episod 1) | Review Drama

Puaka Cuti Semester (Episod 1) | Review Drama

Drama : Puaka Cuti Semester
Produksi : Anomali Media Sdn Bhd
Pengarah : Faizal Nadxaman
Idea Asal : Hariff Ahamat
Penulis Skrip : Qawiem Hamizan, Hanis Ali
Siaran : Tonton
Mula Tayangan : 24 Ogos 2023
Genre : Seram, Komedi
OST/ Lagu Tema : Lat Tali Lat (Khai Bahar)
Pelakon : Mark Adam, Zaki Azeman, Farhan Mazlan, Tracie Sinidol, Aween Ismail, Ropie, Azza Elite, Nazzaty Rusly, Hariff Ahamat

SINOPSIS:
Sekumpulan pelajar dari pelbagai latar belakang iaitu Iqsan, Zubair, Fahmi, Leha dan Aina ditempatkan di sebuah kolej kediaman lama sepanjang cuti semester. Mereka kemudiannya diganggu oleh pelbgai jenis puaka yang menakutkan seperti hantu pontianak, toyol dan hantu askar jepun.

Puaka Cuti Semester (Episod 1) | Review Drama

Puaka Cuti Semester mengisahkan sekumpulan pelajar Kolej University Brilliant Academy (KUBA) yang mempunyai pelbagai latar berbeza memilih untuk tinggal di kolej sepanjang cuti semester bermula atas alasan tersendiri.

Iqsan (Mark Adam) tidak pulang ke kampungnya di Cebu Filipina kerana faktor kewangan, Zubair (Zaki Azeman) dari Kuala Perlis kononnya pandai bersilat dan mahir dalam ilmu mistik, dan Fahmi (Farhan Mazlan) pula mahu menyertai aktiviti kolej untuk mengumpul mata kredit sepanjang cuti semester.

Manakala Aina (Aween Ismail) dari negeri Cik Siti Wan Kembang tinggal sebilik dengan Leha (Tracie Sinidol) yang tidak pulang ke Sabah kerana mahu berniaga dan mengumpul wang.

Puaka Cuti Semester (Episod 1) | Review Drama

Dalam Episod 1 drama Puaka Cuti Semester, suasana kolej menjadi kecoh apabila Leha kehilangan duit hasil jualannya lalu menuduh Iqsan mencuri duitnya. Hal ini menyebabkan Iqsan dibuang kolej serta merta oleh warden Cik Sabri (Ropie).

Zubair dan Fahmi tidak berpuas hati apabila Iqsan dihukum tanpa dapat membela diri, mereka bersepakat dengan Aina dan kemudiannya dapat menangkap toyol yang membuat onar di kolej kediaman tersebut.

Lalu terbongkarlah kisah rupa-rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati apabila Leha membuat keuntungan yang besar. Cik Sabri dan Leha meminta maaf kepada Iqsan kerana menuduh tanpa usul periksa. 

Puaka Cuti Semester (Episod 1) | Review Drama

Sebenarnya kolej kediaman tersebut memang keras dan Kak Ton (Azza Elite) cuba memberi amaran kepada Cik Sabri untuk membuat sesuatu. 

tapi Cik Sabri meminta Kak Ton mendiamkan diri dan mahu merahsiakan misteri yang berlaku kerana tidak mahu berlaku kekecohan dalam kalangan pelajar.

Puaka Cuti Semester (Episod 1) | Review Drama

tengok dari trailer yang ditayangkan di TV nampak best tapi tak sangka first episode dah kelakar habis, berdekah gelak dengan skrip dan punchline masing-masing. Mark Adam dan Ropie memang kelakar tapi sis paling tak expert Farhan pun boleh berlakon dan bawa watak komedi dengan baik.

Overall, plot dan jalan ceritanya agak menarik dan best tengok gandingan pelakon baru dan lama yang nampak serasi bersama.


Nak tahu apa lagi kekecohan dan misteri yang berlaku, Saksikan Puaka Cuti Semester setiap hari khamis 2 episod berturut-turut eksklusif di platform penstriman Tonton.

Baca juga :