Gelora 1941 (TV1) | Sinopsis Drama

Gelora 1941 (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Gelora 1941
Produksi : Storyseller Sdn Bhd
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Penulis Skrip : Dr MohdShahremy Ikmal
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 20 Ogos 2023
Masa : Jumaat-Ahad | 6.45 Petang
Episod : 8
Pelakon : Johan As’ari, Yuna Rahim, Hanna Qistina, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Mubarak Majid, Hairi Safwan, Shahnoor Zhurin, Syel Ramlan, Zull Edward, Ard Omar

Gelora 1941 (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Gelora 1941

Diinspirasikan daripada novel karya Amelia Hashim, Gelora 1941 sebuah kisah percintaan dan semangat dua anak muda berlainan darjat dalam suasana getir tahun 1941 semasa pemerintahan Inggeris, di ambang kedatangan Jepun di Tanah Melayu.

Mengisahkan Ainal Naim seorang pelajar lepasan Sultan Idris Training College, Kuala Kangsar bersama-sama cerdik pandai Melayu berazam memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu.

Cik Izah pula pelajar Kampung Baru Girl’s School dan juga cucu angkat bekas ketua hakim. Ainal Naim telah membuka pintu hati Cik Izah untuk berfikir tentang masa depan dan masyarakat di tanah Melayu.

Pihak Inggeris telah memenjarakan cerdik pandai Melayu termasuklah Ainal Naim. Tukwan yang pada awalnya menentang hubungan Cik Izah dan Ainal Naim telah berubah fikiran merestui hubungan mereka setelah membaca surat kiriman Ainal Naim dari penjara. Lalu apakah kesudahannya?