Kralice (2023) | Review Turkish Drama

Kralice (2023) | Review Turkish Drama

Title : Kralice (The Queen)
Release Date : 22 March 2023
Episodes : 11
Cast : Burcu Ozberk, Golkan Alkan, Selin Sekerci, Ozgun Karaman, Bulent Duzgunoglu, Ayse Akin, Gulsehri Mina Kekec, Umut Kaplica

SYNOPSIS:
Ates, one of the most famous basketball players in the country, and his wife Deniz are happily married. As Ates's name gets involved in a big scandal, their lives are turned upside down.

Baca juga : 

Kralice (2023) | Review Turkish Drama

Kralice mengisahkan Ates (Golkan Alkan) seorang pemain bola keranjang terkenal dan kehidupannya tampak bahagia bersama isteri tercinta, Deniz (Burcu Ozberk) dan anak mereka, Ruya.

Suatu hari, Ates terlibat dalam satu kontroversi apabila pasukannya dituduh merogol seorang wanita. Deniz percaya suaminya tidak bersalah dan menyokong Ates tapi bila menerima satu video yang Ates juga terlibat terus Deniz mengamuk dan hubungan mereka mula retak.

Kralice (2023) | Review Turkish Drama

bila tahu Golkan ada drama baru tahun ni agak excited juga tapi bila tahu drama ni mengenai kecurangan terus hilang mood nak tengok tapi try juga layan dua episod awal.

macam Deniz, sis juga cuba percaya yang Ates tak bersalah sebab berulang kali dia cakap dia balik awal dan tak tahu apa team dia buat selepas itu. pastu perempuan tu pula bukan setakat viral video Ates tapi siap demand duit lagi. yang pelik kenapa dia nak Ates bertanggungjawab kalau pasukan Ates yang buat hal.

Deniz bertambah marah bila tahu Ates dah ada hubungan dengan perempuan ni selama setahun, siapa tak bengang kena tipu hidup-hidup. Selepas diasak oleh Deniz baru Ates mengaku yang dia pernah tidur dengan perempuan tu dan pernah bawa balik ke rumah mereka. time ni terus aku sakit hati dan malas nak layan cerita macam ni.

Kralice (2023) | Review Turkish Drama

Selain konflik rumah tangga Deniz, drama ni juga berkisarkan keluarga Deniz juga. Pada hari video Ates viral, malam itu juga Deniz dapat berita ayahnya dimasukkan hospital dan meninggal dunia. 

selepas itu, Deniz dan adik-adiknya dapat tahu ayah mereka mempunyai hutang dan tanah milik keluarga mereka telah dicagarkan. Pening juga kepala Deniz nak mencari duit untuk menyelesaikan hutang ayahnya dalam masa yang sama juga nak memikirkan masalah Ates.

Adik-adik Deniz juga mempunyai masalah tersendiri. Zeynep bercinta dengan suami orang manakala Ali pula baru keluar penjara dan menganggur dalam masa yang sama perlu menjaga anaknya, Aslan yang ditinggal oleh ex dia pastu ex Ali tiba-tiba muncul balik.

Kralice (2023) | Review Turkish Drama

konflik dalam drama ni agak menarik terutama sekali konflik dalam keluarga Deniz sebab curious juga macam mana bapa diorang boleh berhutang sampai anak-anak pun tak tahu. Ayah Deniz ada cakap nak beritahu something bila anak-anak berkumpul tapi tak sempat nak reveal dah kena attack sakit jantung.

tapi sebab isu pokok dalam Kralice atau The Queen mengenai kecurangan pastu hero dia pula suami tak guna, malaslah nak tengok nanti sis trigger macam tengok drama Layangan Putus.