Utusan Cinta Buat Adam (TV9) | Sinopsis Drama

Utusan Cinta Buat Adam (TV9) | Sinopsis Drama

Drama : Utusan Cinta Buat Adam
Produksi : A-Ten Alliances Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Siaran : TV3/ TV9
Tayangan Asal : 3 Julai 2019
Episod : 28

Utusan Cinta Buat Adam (TV9) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam

Diadaptasi dari novel karya Myra Ameer, Utusan Cinta Buat Adam mengisahkan Aireen seorang arkitek telah jatuh hati dengan Adam Firdaus setelah beberapa kali terlihat lelaki itu di sebuah masjid. Aireen cuba merisik tentang Adam lalu nekad untuk masuk meminang Adam kerana terinspirasi dengan kisah Siti Khadijah yang melamar Nabi Muhammad.

Adam menerima lamaran tersebut, walaupun berkahwin bukan atas dasar cinta tapi perkahwinan mereka saling melengkapi dan sangat bahagia.

Konflik berlaku apabila Tok Wan (nenek Adam) dari awal lagi tidak berkenan dengan Aireen kerana mahu menjodohkan Adam dengan gadis pilihannya bernama Liyana. Tok Wan mula campur tangan apabila Aireen belum lagi mengandung walaupun perkahwinan mereka baru masuk bulan ketiga.

Aireen menerima sokongan daripada Adam dan keluarganya yang lain namun  keadaan semakin genting apabila Tok Wan dan Liyana menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan Aireen dan Adam. Adakah Adam dan Aireen berjaya mempertahankan rumah tangga mereka.

Pelakon Drama Utusan Cinta Buat Adam

  • Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
  • Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
  • Sharifah Sakinah sebagai Liyana
  • Kartina Aziz sebagai Hajah Maimon/Tok Wan
  • Nazeera Sardi sebagai Fazrin
  • Nazrief Nazri sebagai Tengku Aidit
  • Ikhlas Jalil sebagai Zarul
  • Sharifah Shahora sebagai Liza
  • Noniswara eebagai Arza
  • Kuza Muzani sebagai Rosnah
  • Aleeza Kasim sebagai Noreen
  • Hariesa DFKL sebagai Ainul
  • Annie Mosha sebagai Adura