Episod Akhir Drama Aku Yang Kau Sakiti

Episod Akhir Drama Aku Yang Kau Sakiti Samarinda TV3

Dalam Episod Akhir Drama Aku Yang Kau Sakiti Samarinda TV3, Puan Mazwin (Aleza Shadan) mahu membalas dendam kepada Amanda (Rita Nadira) kerana mempunyai hubungan sulit dengan suaminya dan menyebabkan anaknya keguguran. 

Shahrul  (Syazuwan Hassan) bersetuju untuk membantu Puan Mazwin membalas dendam kerana dia masih berdendam dengan Manda, dengan syarat Puan Mazwin menyerahkan sebahagian saham syarikat ke atas namanya.

Shahrul menggunakan Rykal (Redza Rosli) namun sebelum sempat berunding dengan Amanda, Rykal berjaya melepaskan diri.

Rykal meminta Amanda tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Shahrul sebaliknya menasihatkan Manda menyelesaikan segala masalah dengan Puan Mazwin dan meminta maaf serta mengaku kesilapannya pada Bella (Fify Azmi).

Namun Manda semakin marah kerana campur tangan Bella dan Faris, dan juga kepada orang yang menyakiti Rykal lalu bertindak membunuh Puan Mazwin dan Mak Su Ipah (Jasmin Hamid).

Rykal sudah berjanji kepada Bella dan Faris untuk mengubah Amanda dan melupakan segala dendam namun dia rasa ralat dengan perbuatan Amanda. Pengakhirannya, walaupun Rykal sangat sayangkan Amanda, dia terpaksa menyerahkan Amanda kepada pihak polis supaya Amanda bertanggungjawab dengan perbuatannya.