Senarai Pelakon Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi K-Drama Autumn In My Heart

Senarai Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi Autumn In My Heart

Autum In My Heart sebuah drama Korea Selatan yang pernah mencipta satu fenomena pada awal tahun 2000 telah diadaptasi oleh beberapa negara antaranya Indonesia (Demi Cinta), Filipina (Endless Love), Thailand (Autumn In My Heart), Turkiye (Paramparca), China (Autumn Fairy Tale) dan kini versi Malaysia dengan tajuk Luruhnya Bunga Cinta.

Luruhnya Bunga Cinta mengisahkan dua beradik iaitu Nuh dan Nuha yang sangat rapat namun kehidupan Nuha berubah apabila terlibat dalam satu kemalangan dan mengetahui yang dia bukan anak kandung keluarga Nuh. Nuha tertukar dengan bayi lain bernama Aara ketika masih kecil dan hal ini juga turut memberi kesan kepada hubungan Nuh dan Nuha.

Senarai Pelakon Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi K-Drama Autumn In My Heart

Berikut adalah barisan pelakon utama yang menerajui drama Luruhnya Bunga Cinta:

Redza Rosli sebagai Nuh

Seorang pelukis yang berbakat, mempunyai jiwa sensitif dan merendah diri. Nuh juga seorang abang yang penyayang kepada Nuha.

Tracie Sinidol sebagai Nuha

Nuha seorang yang baik hati dan selalu mementingkan orang lain lebih daripada dirinya yang membuatkan ramai tertarik dengan dirinya.

Aniq Durar sebagai Awal

Awal membesar dalam keluarga berada menjadikan dirinya sombong dan bebas melakukan apa sahaja di resort milik bapanya. Awal mula berubah bila bertemu dan jatuh cinta dengan Nuha.

Nabila Razali sebagai Sara

Sara seorang yang berdikari dan peramah dengan orang sekelilingnya. Oleh kerana sejarah silam keluarganya, Sara takut untuk jatuh cinta dan lebih suka berkawan daripada mempunyai sebarang komitmen dalam perhubungan.

Auni Yusri sebagai Aara

merupakan adik kandung Nuh yang tertukar dengan Nuha semasa bayi. Aara selalu rasa terpinggir dan mencemburui hubungan rapat antara Nuh dan Nuha.

Bella Luna sebagai Aleen

merupakan teman wanita Nuh terkejut apabila mengetahui Nuh mempunyai seorang lagi selain Aara. Apabila Nuh bertemu semula dengan Aara, Bella mencemburui hubungan mereka dan merasakan perasaan Nuh kepada Nuha lebih daripada sekadar abang.

Senarai Pelakon Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi K-Drama Autumn In My Heart

Sejak peristiwa itu, takdir kembali menemukan mereka. Namun ketika kasih mulai bersemi, ia melepaskan cintanya pergi. Apakah kesudahan kisah Nuh dan Nuha?

Saksikan Luruhnya Bunga Cinta yang bersiaran mulai 19 September 2023, pada setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.