Puteh Pasir Mantanani (TV1) | Sinopsis Telefilem

Puteh Pasir Mantanani (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Puteh Pasir Mantanani
Pengarah : Mohd Erfan Zainaldin
Penulis Skrip : Roydi Rokidy
Siaran : TV1
Tayangan : 23 September 2023
Masa : Sabtu | 9.00 malam
Pelakon : Zarra Zhaff,  Eunice Khaw Yan Xi, Ebi Kornelis, Sherie  Merlis, Sabhi Saddi, Dayang Areeda, Fikhree Bakar, Wan Lala, Daniesh Suffian, Syaiful Zero, Abu Bakar Ellah, Norzahira Abdullah, Aleeysha

Telefilem Puteh Pasir Mantanani diinspirasi dari kisah benar dan menjalani penggambaran di Pulau Mantanani yang terletak di Kota Belud, Sabar. Telefilem arahan Erfan Zainaldin akan bersiaran pada hari sabtu ini jam 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1.

Puteh Pasir Mantanani (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Puteh Pasir Mantanani

Mengisahkan Puteh yang sering diabaikan oleh keluarganya sendiri kerana lemah dalam pelajaran tidak seperti kakaknya, Qaseh yang bijak dan sentiasa mendapat perhatian orang tua mereka.

Oleh kerana kemiskinan keluarga, Puteh jarang ke sekolah dan selalu membantu ayahnya yang bekerja sebagai nelayan kecil dan ibunya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah resort.

Suatu hari, Cikgu Azam ditugaskan mengajar di sekolah Pulau Mantanani ternampak potensi Puteh yang pantas dan lincah berlari dan percaya Puteh boleh pergi jauh jika bakatnya digilap.

Cikgu Azam bersungguh-sungguh menyatakan hasratnya untuk melatih Puteh dan pada akhirnya dibenarkan oleh ibu bapa Puteh dan beliau mula melatih Puteh. Tarikh pertandingan sukan semakin dekat. Pelbagai dugaan serta cabaran yang dilalui oleh Cikgu Azam dalam melatih Puteh. Mampukah Cikgu Azam mengasah bakat Puteh hingga berjaya?