Maulidur Rasul Datang Lagi (TV3) | Sinopsis Telefilem

Maulidur Rasul Datang Lagi (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Maulidur Rasul Datang Lagi
Produksi : Anomali Media
Pengarah : Khairul Rizam
Penulis Skrip : Sofia J
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 18 Oktober 2021
Pelakon : Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Johan Asari, Ropie, Razak Ahmad, Aleza Shadan, Erul Samah

Maulidur Rasul Datang Lagi (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

Mengisahkan Adam (Nafiz Muaz) seorang gangster yang baru berusia 22 tahun ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik selepas bertemu dengan Felora (Eyka Farhana) yang membantu Adam ketika Adam diserang oleh gengster yang lain.

Adam mahu memasuki sebuah pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh Felora namun rakan-rakanya yang lain mentertawakan Adam kerana merasakan gangster tidak boleh bernasyid. Mereka terkejut apabila Adam memberitahu pertandingan tersebut menawarkan sejumlah wang sebagai hadiah.

Adam pula mulai menyedari cara kehidupannya yang salah dan cuba berubah. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adam. Bagaimanakah kesudahan Adam dan rakan-rakan gangsternya?