Bahagia Untuk Izammil by Hannaz | Book Review

Bahagia Untuk Izammil by Hannaz | Book Review

Tajuk : Bahagia Untuk Izammil
Penulis : Hannaz
Helaian : 675
Penerbit : Suara Hati Publication
Terbitan : November 2021

SINOPSIS:
Dingin, dan garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi, misteri itu.

Izammil Ardhwan. Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia ‘anak kedua misteri’ yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tapi, tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru.

Daripada hubungan bos dan pekerja, kepada anak mak cik sebelah rumah, kepada Hanim yang bergelar Kak Beauty Tiara, si cilik milik Izammil... sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya.

“Kahwin dengan saya. Demi Tiara.”

Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah ditabur janji untuk dikahwini?

Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segala-galanya berubah apabila banyak rahsia terbongkar satu per satu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati yang paling banyak dilukai. Hati itu beku dengan amarah.

“Tiara is all I have.” - Izammil

Jika bahagia Izammil terletak pada Tiara, Hanim sanggup selama-lamanya bergelar isteri demi Tiara. Namun, apabila masa lalu Izammil muncul semula untuk membawa pergi Tiara dari hidupnya, banyak maruah yang perlu dijaga. Maka, Hanim tahu dia yang perlu berkorban.

“Saya berahsia demi maruah ramai orang.” - Izammil

“Saya ada satu peluang untuk betulkan segala-galanya, dan bodohlah saya kalau saya tak ambik peluang tu untuk kembalikan awak yang dulu.” - Hanim

Tiada apa yang indah tentang masa lalu Izammil tetapi, itulah yang membuat Izammil sangat indah di mata Hanim.

“I’ll be the first to cry when you’re hurt, and the last to smile until you smile first.” - Hanim


Review Novel Bahagia Untuk Izammil

Kisahnya Hanim bekerja di sebuah syarikat dan suatu hari CEO baru dilantik iaitu Tuan Izammil yang merupakan anak kedua kepada pemilik syarikat tersebut. latar belakang Izammil sangat misteri dan tiada siapa tahu mengenai lelaki itu sebelum dia mula bekerja di syarikat tersebut.

Pastu Hanim dapat tahu Izammil juga anak kepada jiran sebelah rumahnya di kampung dan Izammil mempunyai seorang anak bernama Tiara. kebetulan pula Tiara sangat rapat dengan Hanim dari teman wanitanya, Lyana. Demi Tiara, Izammil sanggup melakukan apa sahaja termasuk berkahwin dengan Hanim kerana Tiara lebih sayangkan Hanim daripada Lyana.

Konflik dalam cerita ni lebih kepada keluarga Izammil, Izammil tak baik dengan keluarganya selepas apa yang bapa dan emak tirinya buat kepada ibu kandungnya. ada rahsia juga di sebalik kelahiran Tiara yang membuatkan Izammil mahu melindungi Tiara daripada manusia yang suka mengambil kesempatan.

Watak Izammil ni sangat misteri dan terlalu banyak simpan rahsia sampai Hanim pun naik bengang dan cuba menyiasat sendiri. part yang tak suka bila Izammil masih lagi keluar dating dengan Lyana walaupun dah kahwin dengan Hanim. 

apa pun alasannya bagi aku Izammil kena tegas sikit bab ni, kalau kau suka Lyana kahwinlah dengan Lyana. ini guna alasan anak nak kahwin dengan Hanim tapi dalam masa yang sama masih lagi berhubungan dengan Lyana macam kau masih lagi bagi harapan kat perempuan lain.

Overall, konflik dan jalan ceritanya agak menarik dan penuh pengajaran.

**MY RATING: 3.0 / 5**