One Piece (Netflix) | Review Drama

One Piece (Netflix) | Review Drama

Title : One Piece
Network : Netflix
Release Date : 31 August 2023
Episodes : 8
Duration : 50 minutes
Genre : Action, Adventure, Comedy, Fantasy
Cast : Inaki Godoy, Mackenyu, Emily Rudd, Jacob Gibson, Taz Skylar, Celeste Loots, Jeff Ward, Chioma Umeala, Vincent Regan, Mckinley Belcher, Aidan Scott, Peter Gadiot, Morgan Davies, Craig Fairbrass

SYNOPSIS:
The series follows the adventures of the fugitive Straw Hat Pirates, as they explore the dangerous oceans, lands and beyond in search of the "One Piece", a fabled treasure that will make their captain The King of the Pirates. But, the Navy is on their ship's tail and they are not the only crew searching for the One Piece. Armed with skills and unbreakable friendship, the Straw Hats are ready for the journey and even more ready to fight for their dreams together.

tak pernah tengok atau baca komik One Piece so aku tak tahu ceritanya mengenai apa, keluar versi live-action di Netflix agak pelik juga sebab watak utama bukan orang jepun. then baru tahu One Piece kisahnya mengenai lanun dan watak dalam cerita ini cuma Zoro seorang sahaja orang jepun yang lain penulis dia dah beritahu lanun dia berbilang bangsa.

One Piece (Netflix) | Review Drama

One Piece diadaptasi dari komik terkenal karya Eiichiro Oda, kisahnya 20 tahun yang lepas Raja Lanun yang terkenal telah ditangkap dan dihukum bunuh. sebelum mati, Raja Lanun sempat beritahu yang hartanya tersimpan di lautan luas makanya ramailah lanun yang berlumba-lumba untuk mencari harta tersebut yang dipercayai berada di Grand Line, kawasan yang paling bahaya di lautan.

selepas 20 tahun harta karun tersebut yang digelar sebagai One Piece masih belum ditemui dan ramai yang cakap semua itu kisah dongeng sahaja.

Namun tidak bagi seorang lanun muda, Monkey D Luffy (Inaki Godoy) yang percaya dengan kisah tersebut dan menyimpan impian untuk menjadi raja lanun terkenal dan belayar ke Grand Line untuk mencari One Piece.

One Piece (Netflix) | Review Drama
Monkey D. Luffy (Inaki Godoy)

Sejak kecil lagi Luffy bercita-cita untuk menjadi seorang lanun seperti idolanya Shanks (Peter Gadiot). Luffy ada kebolehan luar biasa boleh streching badan dia selepas secara tak sengaja termakan buah syaitan. Untuk mencapai impiannya, Luffy memerlukan sebuah kapal dan krew yang hebat untuk membantunya.

Dalam ekspedisi tersebut, Luffy bertemu dengan Nami, Zoro, Usopp dan Sanji tapi bukan mudah untuk pergi ke Grand Line sebab banyak musuh yang menanti mereka di samping Marin yang mengawal keamanan sejagat mahu memburu dan menumpaskan lanun yang bermaharajalela di laut termasuklah Luffy yang digelar Straw Hat Pirates.

One Piece (Netflix) | Review Drama
Nami (Emily Rudd)

Nami seorang pencuri yang ada kebolehan boleh membaca peta sebab itu Luffy bagi kepercayaan kepada Nami untuk menjadi pemandu arah mereka.

Tapi Nami ada rahsia besar yang mana dia sebenarnya bekerja untuk Arlong, ketua orang ikan. ada beberapa konflik yang berlaku dalam diri Nami sama ada mengikut telunjuk Arlong atau membebaskan dirinya dari peristiwa silam yang menimpa keluarganya.

One Piece (Netflix) | Review Drama
Roronoa Zoro (Mackenyu)

Zoro seorang pemain pedang terhebat dengan menggunakan tiga pedang. Dia ni sebenarnya pemburu lanun so geng marin nak rekrut dia tapi Zororeject sebab tak suka terikat dengan mana-mana pihak.

Zoro kemudiannya membuat keputusan untuk setia dan mengikut Luffy dalam pelayarannya ke Grand Line sebab admire dengan pemikiran dan perwatakan Luffy.

antara sebab utama juga sis nak tengok versi live action ni sebab ada Mackenyu, mamat ni seriusly sangat hot dan perfect bawa watak Zoro.

One Piece (Netflix) | Review Drama
Usopp (Jacob Gibson)

Usop boleh menembak dengan tembak menggunakan lastiknya, orang yang menceriakan keadaan dalam kapal Luffy dan suka sembang besar mengenai penggembaraannya. Usop mempunyai impian untuk menjadi seorang lanun yang berani seperti bapanya.

One Piece (Netflix) | Review Drama
Sanji (Taz Skylar)

Sanji pula seorang tukang masak yang mempunyai martial art. Dia mempunyai impian untuk pergi ke All Blue, penghubung empat lautan yang menjadi idaman semua mastercheff kerana dikatakan mempunyai bahan masakan yang berkualiti dan sukar untuk didapati.

One Piece (Netflix) | Review Drama
Monkey D Garp (Vincent Regan)

Garp merupakan naib panglima marin, antara legend juga sebab berjaya menangkap dan membunuh raja lanun terkenal. 

Garb sebenarnya datuk kepada Luffy dan ada konflik yang berlaku antara mereka. Garb nak cucunya menjadi Marin mengikut jejak langkahnya tapi Luffy pula nak jadi lanun. Oleh sebab itu Luffy juga tidak terkecuali diburu oleh Garb dan Marin.

One Piece (Netflix) | Review Drama

aku tak pernah tengok anime One Piece tapi apa yang boleh cakap dia punya live action antara yang terbaik pernah aku tengok dari segi casting, jalan cerita, cinematography dan aksi. seriusly aku enjoy layan drama dia sampai rasa nak tengok yang versi anime pula.

Jalan ceritanya menarik dan senang nak faham walaupun tak pernah tengok anime, first season ni suka tengok bonding dan teamwork antara Luffy dengan krew dia. casting dia memang best dan sesuai bawa watak masing-masing, my favourite dah tentulah Zoro.

first season lebih kepada pengenalan watak dan impian mereka untuk menjejaki One Piece, dalam musim kedua penggembaraan Luffy akan menjadi lebih mencabar sebab sekarang semua lanun dan musuh lama yang mahu membalas dendam akan memburu mereka sebab Luffy dah masuk dalam wanted list. tak tahu bila musim kedua nak keluar so kita tunggu jelah. overall memang terbaik.

Baca juga :