Telefilem : Kau Langit Aku Laut
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Abd Kader
Penulis Skrip : Mahizan Husain
Siaran : TV3
Tayangan : 29 Jun 2019
Durasi : 88 minit
Pelakon : Azira Shafinaz, Izzue Islam, Aman Graseka, Idris Md Diah, Jay Iswazir
SINOPSIS
Anas seorang bekas ketua gangster telah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan merompak.
Kau Langit Aku Laut mengisahkan Anas (Izzue Islam) yang baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan merompak. Anas pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru dan berazam tidak akan melakukan kerja haram lagi.
Atas bantuan Pak Long, Anas bekerja di rumah Tuan Bahari (Aman Graseka) sebagai tukang kebun. Anas pelik dengan sikap anak Tuan Bahari iaitu April (Azira Shafinaz) yang berkurung di dalam rumah dan mengintainya melakukan kerja.
Anas dapat tahu apa tragedi hitam yang berlaku pada April dan keluarganya dari Pak Longnya dan dia cuba mendekati April dan memberi semangat pada April untuk melawan penyakitnya.
April mengalami PTSD, trauma dengan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya sehingga menyebabkan ibunya terkorban. Sejak hari itu April berkurung di dalam rumah dan takut berdepan dunia luar.
Tuan Bahari sudah tidak tahu lagi bagaimana untuk memulihkan April semula selepas banyak rawatan yang dilakukan tidak berkesan.
Sejak Anas bekerja di situ, April semakin rapat dengan Anas dan akhirnya berjaya juga keluar dari rumahnya.
Konflik berlaku apabila Jinggo memujuk Anas untuk bekerja dengannya semula namun Anas menolak kerana dia tidak mahu melakukan kerja terkutuk lagi.
Jinggo menghasut Tuan Bahari dengan memberitahu Anas bekas banduan dan kononnya Anas bekerja di situ kerana merancang untuk merompak Tuan Bahari. Hal ini menyebabkan Tuan Bahari marah pada Anas dan mahu membawa April berpindah ke situ.
ending nya macam hurmm korang tengoklah sendiri sis pun tak tahu kenapa cerekarama tv3 ni endingnya mesti macam ni.
bak kata Pak Long, Anas sebenarnya budak baik dan pandai tapi disebabkan tersalah pilih kawan terus terjebak dengan kerja haram. Kesimpulannya, Anas berhak untuk mendapat peluang kedua apabila dia sendiri nekad berubah kehidupannya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Baca juga :