Hati Suhita (Netflix) | Review Movie

The Heart of Suhita

Title : Hati Suhita
Director : Archie Hekagery
Screenwriter : Alim Sudio, Khilma Anis
Network : Netflix
Release Date : 25 May 2023
Duration : 2 hour 17 minutes
Cast : Nadya Arina, Omar Daniel, Anggika Bolsterli, Ibrahim Risyad, Wafda Saifan Lubis,  Desy Ratnasari, David Chalik, Devina Aureel

SYNOPSIS:
The story of Alina Suhita. She is a strong, mature, and never-give-up woman. Her resilience guides her through the storms of her marital life, which began on the very first night. The struggles of her inner self are tested as she reaches out for the love of her own husband, Gus Birru.

Hati Suhita (Netflix) | Review Movie

Hati Suhita mengisahkan Alina Suhita (Nadya Arina) yang dijodohkan dengan Gus Birru (Omar Daniel), anak kepada pemilik pesantren Al-Anwar. 

Sejak kecil lagi, Alina belajar di pesantren tersebut dan dengan latar belakang keluarganya, Kyai Hannan dan Ummik percaya Alina mampu menguruskan pesantren kelak bila anak tunggal mereka tidak berminat dengan urusan pesantren.

tapi pada malam perkahwinan Alina terkejut bila Birru sebenarnya terpaksa dan tidak rela menyentuh dirinya kerana mencintai perempuan lain. Walaupun diuji dengan alam perkahwinan, Alina terus kuat dan menyibukkan diri dengan hal pesantren dan menjaga mentuanya.

Hati Suhita (Netflix) | Review Movie

cerita ni klise sangat dengan perkahwinan diaturkan keluarga dan suami yang mencintai wanita lain. klise! 

pastu sis tak suka hero dia, sampai ending pun tak dengan hero. sepanjang drama ni aku nyampah dengan watak Birru pastu bila dia cuba nak berbaik dengan Alina, tak nampak chemistry Birru dengan Alina.

penat tau tengok Alina try hard untuk suami dan keluarga tapi salah sikit terus Birru ni naik angin bukan nak dihargai isterinya. bila isterinya nak bawa diri baru terhegeh-hegeh nak pujuk.

Hati Suhita (Netflix) | Review Movie

kebiasaannya dalam drama watak isteri dan bekas kekasih mesti ada isu nak berebut lelaki tapi dalam filem tak ada. aku suka watak Alina dan Ratna Rengganis sebab keduanya sangat matang dan positif walaupun tahu kedudukan masing-masing. Alina sendiri redha kalau Birru nak pilih Rengganis tapi Rengganis dari awal lagi nak move on bila Birru berkahwin.

scene yang buat aku touching Rengganis peluk Alina dah bagi semangat kepada Alina untuk kuat dalam ujian perkahwinannya.

Kang Dharma juga antara watak yang aku suka dalam filem ni sebab dia juga bawa vibe positif yang support Alina sebagai sahabat.

Hati Suhita (Netflix) | Review Movie

kesimpulannya klise dan ending dia pun klise tapi suka penulis create watak Alina dan Rengganis yang strong, pendek cakap tak berbaloi nak bergaduh sebab lelaki bila kau ada impian dan visi yang lebih besar untuk dicapai.

Baca juga :