Tajuk : Girl Marry Me
Penulis : Asrya Aisya
Helaian : 532
Penerbit : Love Novel
Terbitan : April 2021
SINOPSIS:
“Kahwin dengan saya?”Qayyum dan Syifaa bertemu secara kebetulan di bumi Paris saat kedua-duanya terluka ditinggalkan insan yang tersayang; Syifaa yang dibelenggu masa lalu dan Qayyum yang berani mencuba. Beberapa jam dilamar Qayyum, Syifaa nekad meninggalkan bumi Paris. Mustahil lelaki itu mampu menerima masa lalunya.Kembali ke Malaysia, dia perlu berdepan dengan kebencian orang tuanya. Itu sangat memedihkan, namun tidak mengapa. 26 tahun lalu dia mampu menghadapinya, apalah sangat seketika cuma.“Aku bukan papa kau! Jangan sesekali kau panggil aku papa lagi. Jauhkan diri kau daripada Adam dan Dila. Jangan ganggu hubungan mereka.” - Encik Arash“Inilah jantan yang menyundal dengan kau tu? Huh! Tak malu pula terang-terangan berhubungan. Lagi bagus daripada jantan yang dulu.” - Puan ZuyyinKata-kata seorang ibu dan ayah sangat memeritkan jiwa seorang Nur Syifaa Zulaika. Kisah hidupnya bukan seperti Cinderella, bukan juga seperti Rapunzel. Kisah dia kisah duka yang tidak bertemu noktah bahagia.Berkalung duka di perjalanan yang nampak tenang, Qayyum kembali. Permainan takdir dilancarkan oleh Syifaa dan Allah memilih takdirnya dengan Qayyum. Di akhir kalam usaha, dia menyerah. Menerima lamaran lelaki itu tetapi bukankah dia sudah katakan, kisah dia kisah duka yang tiada noktah bahagia.Saat dia bahagia dengan Qayyum, kebenaran muncul. Tentang Dila, Ryan dan juga Sarah. Bagaimana dia mahu melangkah sekarang? Adakah perlu dia sekali lagi bersaing dengan masa lalu? Pedih! Ia sangat memedihkan. Cinta memerlukan pengorbanan, tapi bukan mengorbankan!
Review Novel Girl Marry Me
Syifaa membawa diri ke Paris selepas dikecewakan tunangnya yang mahu memutuskan pertunangan mereka dan memilih sepupunya, Sarah. Syifa kemudiannya bertemu Qayyum yang kena reject depan mata dia, tak sampai sejam Syifa dan Qayyum tiba-tiba lelaki itu melamarnya. Syifa yang terkejut terus pulang ke Malaysia dan tinggal nota kepada Qayyum kalau merek bertemu lagi, dia akan terima Qayyum.
Qayyum dah lama merantau dan bekerja di Paris, betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan Syifa sampai decide untuk balik Malaysia dan cari Syifa. bukan sekali tapi tiga kali mereka bertemu secara kebetulan, Qayyum percaya mereka berjodoh tapi Syifa pula terus menolak Qayyum kerana takut Qayyum tak boleh terima dirinya kalau tahu latar belakang dirinya.
Permulaan cerita rasa comel sangat dengan Qayyum yang nampak macam desperate, baru lepas reject dengan kekasihnya terus melamar Syifa pula mahunya tak seram, bukan setakat Syifa, kalau aku jumpa lelaki gini pun memang tak tunggu lama terus larikan diri.
tapi jalan ceritanya agak berat dan rahsia keluarga Syia agak dark sebab ada kecurangan dan kesilapan ibu bapa Syifa tapi Syifa pula yang jadi mangsa keadaan sehingga dia pernah tersasar dan memberontak untuk tarik perhatian ibu bapanya yang tidak pernah peduli dengan kewujudannya selama ini.
first time baca buku dari Arsya Aisya dan enjoy dengan gaya penulisannya. watak Qayyum ni memang buat sis jatuh hati tapi penat juga nak baca sebab Syifa ni banyak main tarik tali. betul-betul penyabar Qayyum melayan kerenah Syifa dan terima kelemahan Syifa kalau orang lain memang terus angkat kaki.
Overall, nice story dan banyak pengajaran yang cuba disampaikan.
**MY RATING: 4.0 / 5**