Title : Bunga Sari
English Title : Beyond Destiny
Director : Phawat Panangkasiri
Screenwriter : Kartarhut Bussabpaket, Wannaphorn Ratphitagsanti
Network : GMM One
Release Date : 10 August 2023
Episodes : 17
Duration : 56 minutes
Cast : Jes Jespipat, Prang Kannarun, Punjan Kawin, May Pitchanart, Amarin Nitibhon, Anuchit Sapunpohng, Nattaraht Mauric, Suzana Renaud, Ging Areeya
SINOPSIS:
A half-Thai Chinese-Maly orphanage girl, Bunga, lives with her granny Kimluan and makes a living by tapping rubber in the Southern part. Unfortunately, granny is deceived by Boss Wieng to sign the loan agreement and offer Bunga as insurance. When Bunga is about to become Wieng's mistress, she escapes and gets on the train to Pattani province and meets her first love, Tawan, there.At the time Kimluan is seriously ill, Bunga and Tawan return home, but they are chased by Wieng. During the survival escape, Bunga falls overboard and gets lost in the storm. The couple must separate without knowing how good or bad the other is.But it seems like fate works in a strange way; it brings them to meet again, but Bunga forgets Tawan already and becomes another man's fiancée.
Bunga Sari mengisahkan Bunga (Prang Kannarun) yang melarikan diri dari kampung kerana neneknya berhutang dengan Wieng dan bertemu dengan Tawan (Jes Jespipat) yang menyelamatkannya dari ditangkap orang tauke Wieng sebelum menuju ke Krabi.
Di Krabi, Bunga bekerja di hotel milik Inthu (Punjan Kawin) tapi tak lama kemudian dia bergegas balik ke kampung apabila mendapat berita neneknya jatuh sakit. Tawan turut menemani Bunga pulang ke kampung dan sempat meminta restu nenek Bunga untuk melamat Bunga sebagai pasangan hidupnya.
Bunga dan Tawan berjaya melepaskan diri dari Wieng dengan bantuan Inthu tapi kebahagian mereka tidak kekal lama sebab tak lama selepas itu berlaku tragedi apabila Bunga jatuh di dalam laut. Tawan menyangka Bunga telah meninggal dunia lalu pulang ke Bangkok untuk menguruskan masalah yang berlaku dalam keluarganya.
Inthu jatuh cinta pada Bunga sebab Bunga mengingatkan dia pada isterinya meninggal dunia. Inthu juga banyak membantu Bunga dan Tawan, bila dengar pasal tragedi yang berlaku pada Bunga terus dia mengarahkan orangnya untuk mencari Bunga tapi tidak berjaya.
Ada orang kampung yang terjumpa Bunga kebetulan pula Bunga hilang ingatan so Inthu mengambil peluang menyembunyikan Bunga dan beritahu pada Tawan yang Bunga dah mati. kesian giler kot kat Tawan dan dia percaya cakap Inthu sebab mereka tunjuk mayat Bunga kat dia.
Bila Bunga sedar, Inthu beritahu Bunga adalah isterinya dan mereka saling mencintai. jahat betul mamat ni. geram tau kalau dia tak kenal Bunga tu lain cerita tapi ini dia tahu kot pasal Bunga dan hubungan Bunga dengan Tawan. saja nak ambil kesempatan bila orang tengah susah!
Tawan sebenarnya anak orang kaya tapi ada konflik perebutan harta dalam keluarganya selepas bapanya meninggal dunia. Panta dan Yutthana dah pakat nak bolot semua harta dan mereka tak boleh terima kehadiran Tawan sebab Tawan ni adik tiri mereka.
tapi abang sulung mereka iaitu Yodchat cuba menyelamatkan harta warisan keluarganya dari dijual dua adik dia yang tak guna ni. Tawan kembali ke Bangkok untuk membantu Yodchat walaupun masih lagi bersedih dengan kehilangan Bunga.
Jomsaeng seorang businesswoman yang hebat sebab berjaya bantu naikkan lagi bisnes suaminya tapi suami pula tak guna. suami dia ada bisnes gelap pastu ada pakat pula dengan Panta dan Yutthana sampai plan nak bunuh Yodchat dan Tawan.
Jomsaeng juga ada hati dengan Tawan selepas Tawan menolongnya ketika diserang suaminya. Sebagai balasan, Jomsaeng jadi pelabur pada syarikat keluarga Tawan dan pulihkan bisnes mereka.
Selain Inthu yang sukakan Bunga, Jomsaeng pun nampak sangat obsess untuk dapatkan Tawan walaupun tahu siapa Bunga dalam kehidupan Tawan.
sis melayan drama ni sebab barisan pelakon utama dia, suka tengok chemistry Jes dan Prang tapi ni first time aku tak suka watak Punjan sebab walaupun luarannya nampak baik terselindung motif jahat dia semuanya demi cinta dia.
sebenarnya pace drama ni agak laju juga tapi banyak betul dugaan dan rintangan untuk hero dan heroin bersama, pastu dengan watak jahat yang banyak menghuru-harakan keadaan, agak lemau juga nak habiskan sebab konflik dia klise.
Baca juga :