Jauh Kau Pergi by Dhiya Zafira | Book Review

Jauh Kau Pergi by Dhiya Zafira | Book Review

Tajuk : Jauh Kau Pergi
Penulis : Dhiya Zafira
Helaian : 589
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Terbitan : Januari 2017

SINOPSIS:
One for all. All for one.

Seperti setianya persahabatan Arthosm Porthos, Aramis dan d'Artagnan dalam The Three Musketeers, Rif, Jimmy, Eddie, Luqman dan Helmi menjunjung prinsip yang sama. Percaya dan setia antara satu sama lain. Komando GGK. Brotherhood. Mereka sahabat. Saudara dunia akhirat.

Bila Jimmy terbunuh dalam operasi rahsia. Dunia mereka musnah sekelip mata. Perhatian mereka tertumpu pada insan yang satu. Afiqah Najwa @Afi, kembar Jimmy.

Satu kematian. Satu pembunuhan. Satu konspirasi. Satu ketidakpastiaan, Tiba-tiba nyawa Afi dalam bahaya. Siapa Cougar sebenarnya?

"Jaga Afi, Janji dengan aku. Kalau sesuatu jadi pada aku, jaga Afi, Rif!"

Janji dan sumpah seorang sahabat. Rid tekad lakukan apa sahaja untuk melindungi Afi. Apa saja termasuk mengahwininya.

Tetapi muliakah hubungi yang dipenuhi dengan rahsia dan pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Apabila kebenaran terbongkar, mampukah Rif dan Afi pertahankan cinta mereka?


Review Novel Jauh Kau Pergi

Mengisahkan Afi yang sebatang kara selepas kehilangan abang kembarnya, Jimmy yang merupakan seorang askar komando. Afi tidak menyedari nyawanya diancam bahaya, Rif muncul untuk melindunginya. Rif sebenarnya kawan baik abangnya yang juga komando dan kawan baik dia juga tapi Afi dah lima tahun tak jumpa Rif. bila Rif tiba-tiba muncul pastu ajak Afi kahwin, Afi pun macam pelik juga.

Dalam siri komando yang ditulis oleh Dhiya Zafira, sepatutnya start dengan novel ni dulu tapi aku dah baca Cerita Tentang Kita dulu so aku dah tahu siapa Cougar dan apa yang berlaku pada Jimmy. Dalam CTK, watak Afi ni jenis manja dan cengeng sangat itu yang buat aku take time nak baca buku ni.

tapi bila dah baca Jauh Kau Pergi, aku suka watak Afi sebab dia kuat dengan caranya tersendiri. Rif pula banyak rahsia dan kisah sedih yang dia pendam dari semua orang. Konflik dalam hubungan mereka bila Rif susah sangat nak cerita rahsia dia menyebabkan Afi rasa insecure sebab tak tahu perasaan sebenar Rif. penat tau dengan perangai kuat rahsia si Rif ni tapi Afi sangat kuat nak berdepan dengan cabaran dalam hidup dia, dari biarkan hubungan mereka gagal, Afi cuba mendekati Rif dan baiki hubungan mereka.

buku ni agak tebal tapi sejujurnya aku tak tahu nak komen apa. pendek cakap aku suka watak dan jalan cerita. sebuah kisah romantik-aksi-thriller yang menarik untuk dibaca.

**MY RATING : 4.5 / 5**

Baca juga :