Sein Dan Luna (TV3) | Sinopsis Drama


Sein Dan Luna (TV3) | Sinopsis Drama





Drama : Sein dan Luna
Produksi : Primeworks Studio
Pengarah : Fazli Yahya
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Siaran TV3
Tayangan Asal : 9 Disember 2016


Episode : 13


Pelakon : Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Ungku Ismail, Shiqin Kamal, Ariz Lufias, Rosnah Johari, Azri Iskandar





Sein Dan Luna (TV3) | Sinopsis Drama




Sinopsis Drama Sein dan Luna

Mengisahkan Sein (Syazuwan Hassan) dan Luna (Mimi Lana) yang berkawan baik ketika sekolah dan saling menyimpan perasaan. Sein kemudiannya menyambung pelajaran di kolej dan berkenalan rapat dengan Wardah (Ika Nabella).

Semasa pulang bercuti di kampung, Sein membawa Wardah sekali dan hal ini telah menyebabkan Luna salah faham dengan hubungan Sein dan Wardah lalu memberitahu Sein yang dia juga sudah bertunang kerana mahu melupakan perasaannya pada Sein.




Hal ini juga menyebabkan Sein kecewa dan Sein mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Wardah. Namun perkahwinan Sein dan Wardah tidak bahagia kerana Sein masih lagi tidak dapat melupakan Luna.

Luna pula menyambung menyambung pelajarannya dan semakin sibuk dengan pengajiannya. Dalam masa yang sama, Luna juga rapat dengan Huzair yang merupakan seorang duda anak satu. Hubungan mereka juga semakin rapat dan Luna sering meluahkan masalahnya pada Huzair.