Ah Girls Go Army (Netflix) | Review Movie

Ah Girls Go Army (Netflix) | Review Movie

Title : Ah Girls Go Army
Director : Jack Neo
Release Date : 1 February 2022
Duration : 2 hour
Genre : Comedy
Cast : Apple Chan, Glenn Yong, Ke Le, Belle Chua, Xixi Lim, Samantha Tan, Eswari Gunasagar, Charlene Huang, Shirli Ling, Veracia Yong, Kelly Kimberly, Karyn Wong, Farah Farook, Chloe Goh, Vanessa Tiara

SYNOPSIS:
The film follows the first batch of female recruits as they undergo and serve National Service in the fictional near future of Singapore.

Ah Girls Go Army (Netflix) | Review Movie

Ah Girls Go Army mengisahkan sekumpulan wanita daripada personaliti dan latar belakang yang berbeza terpilih untuk menyertai latihan khidmat tentera selama tiga bulan. Selalunya national service wajib kepada lelaki Singapura tetapi kerajaan menggubal polisi ini untuk menggalakkan golongan wanita join national kerana kadar kelahiran yang rendah

Ah Girls Go Army (Netflix) | Review Movie

banyak watak dalam filem ni tapi jalan ceritanya mostly banyak highlight pada watak Princess See (Ke Le) dan Joey (Belle Chua).

Princess anak orang kaya yang agak naif atau bimbo tapi seorang yang baik hati manakala Joey pula dalam fasa depression sebab tak boleh terima hakikat boyfriend dia minta putus.

Ah Girls Go Army (Netflix) | Review Movie

ada beberapa konflik yang terjadi antaranya Lan Lan dan Ah Lian yang tak puas hati dengan Princess sebab dah kantoi bawa barang untuk dijual lastly rugi sebab terpaksa sedekahkan barang tersebut. konflik lain ada beberapa rekrut yang tak puas hati dengan Joey yang menyebabkan mereka didenda.

Ah Girls Go Army (Netflix) | Review Movie

Mereka semua ini diletakkan di bawah pengawasan Sarjan Chow (Glenn Yong) dan Leftenan Tan (Apple Chan).

Ah Girls Go Army (Netflix) | Review Movie

tak nampak progress pada plot sebab jalan ceritanya sangat simple mengenai ragam wanita yang terpaksa join latihan yang mencabar dalam khidmat tentera. agak annoying sebab product placement dia banyak sangat dan terlalu obvious.

watak yang ada pun tak nampak progress, asal ada konflik buat masalah pastu bila kena denda mengadu kat mak bapak. bila ada jurulatih yang dikenakan tindakan disebabkan aduan diorang baru masing-masing nak menyesal. perangai masing-masing mengalahkan budak sekolah.

tapi apa-apa pun filem ni memang menghiburkan, ada beberapa scene yang berdekah aku gelak mostly watak Princess yang banyak menceriakan keadaan dengan dialog bimbo dia. selain scene Sarjan Chow yang kelakar juga sebab first day kemain sweet pastu terus jadi singa sebab penat nak melayan perangai anak buahnya. so overall sesuai untuk tontonan santai.