Langkah Terakhir Pak Ngah (TV1) | Sinopsis Drama

Langkah Terakhir Pak Ngah (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Langkah Terakhir Pak Ngah
Produksi : Nuansa Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Azeem Azarudin
Penulis Skrip : Jeehan Adam
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 4 Oktober 2023
Masa : Isnin-Khamis | 6.45 Petang
Episod : 8
Pelakon : Rahhim Omar, Fadilah Mansor, Wan Zarul Imran, Zarynn Min, Farra Zainuddin, Nemo Cherpen Band

Langkah Terakhir Pak Ngah (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Langkah Terakhir Pak Ngah

Mengisahkan Pak Ngah, seorang lelaki separuh umur yang merupakan seorang pejuang seni muzik ghazal dan pakar permainan gambus di kawasan kampungnya. Dia amat bimbang tiada pewaris yang akan menyambung legasi seninya akibat satu insiden.

Khairi telah menerima tugasan kerja khusus yang diberikan oleh Mak Su yang juga merupakan pensyarahnya di kolej. Mak Su mahu Khairi lebih memahami dan mempelajari seni muzik ghazal dan tarian zapin daripada Pak Ngah dan anaknya, Juwita.

Namun Pak Ngah enggan menerima kehadiran Khairi sewaktu bertemu di rumahnya.