Cik Misi 123 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Cik Misi 123 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Cik Misi 123
Peoduksi : Ariz Capital Production
Pengarah : Feroz Kader
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 9 Oktober 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 30
Pelakon : Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam, Bella Dally, Faizdickie, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Nick Naem, Mark Adam, Wan Sharmila, Najua Pramlee

Sinopsis Drama Cik Misi 123

Mengisahkan Oya (Sweet Qismina) yang memberontak kerana dirinya dipaksa untuk memasuki kolej kejururawatan tanpa kerelaan hatinya. Pertembungan Oya dengan Mika (Adam Lee) sering menimbulkan pergaduhan antara mereka berdua.

Semasa mereka bekerja di hospital, konflik besar mula berlaku apabila bekas tunang Oya iaitu Dr Aish (Hafreez Adam) muncul. Hal ini menyebabkan Dr Erin (Bella Dally), teman wanita Dr Aish cemburu dan berlaku pergaduhan antara mereka sehingga menyebabkan Dr Aish hilang fokus dalam melaksanakan tugasan hospital.

Cik Misi 123 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Cik Misi 123 akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.00 petang bermula 9 Oktober 2023 di Astro Ria (104).