Sabarlah Duhai Hati (TV3) | Sinopsis Drama

Sabarlah Duhai Hati (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Sabarlah Duhai Hati
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Fazli Yahya, Eez Jalaludin
Penulis Skrip : Rehal Novel
Adaptasi Novel : Sabarlah Duhai Hati (Mimi Afienie)
Tayangan Asal : 28 April 2021
Episod : 35
Pelakon : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain

Sabarlah Duhai Hati (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati

Mengisahkan Fira (Amyra Rosli) yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adiknya yang baru berusia enam  tahun selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Tidak lama kemudian Affan (Saharul Ridzwan) abang kepada kawan baiknya, Dian (Puteri Sarah Liyana) melamar Fira sebagai isteri dan bersedia menjaga Fira dan adiknya. Affan juga sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan pada Fira.

Konflik dalam rumah tangga berlaku apabila Opah Affan tidak menyukai Fira dan mahu satukan Affan dengan Nadia (Iman Suhana) yang merupakan sepupu Affan dengan alasan mahu jaga keturunan mereka.

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?