Title : Zom 100: Bucket List of the Dead
Director : Yusuke Ishida
Screenwriter : Tatsuro Mishima
Network : Netflix
Release Date : 3 Aug 2023
Duration : 129 minutes
Genre : Action, Comedy
Cast : Eiji Akaso, Mai Shiraishi, Shuntaro Yanagi, Yui Ichikawa, Mayo Kawasaki, Akari Hayami, Kazuki Kitamura
SYNOPSIS:
Akira Tendo works for an unscrupulous company that exploits its employee. He often has to work late into the night and endure bullying from his boss. His life is absolutely miserable. One morning, Akira Tendo discovers that the streets are filled with zombies. Akira Tendo shouts for joy from the sight and screams out "I don't have to go to work from today!" Instead of going to work, Akira Tendo writes out a bucket list of things to do before he becomes a zombie.
Based on manga series Zom 100: Zombie ni Naru made ni Shitai 100 no Koto, mengisahkan Akira Tendo (Eiji Akaso) yang gembira apabila dapat bekerja di syarikat impiannya tapi tak lama selepas itu dia mula tertekan apabila dikerah bekerja siang dan malam ditambah pula rakan sekerja yang toxic.
Suatu hari Akira menyedari ramai yang bertukar menjadi zombie dan sangat gembira bila memikirkan tidak perlu lagi ke tempat kerja. filem ni kelakar dan lain dari cerita zombie yang biasa sebab selalunya dalam situasi darurat macam ni orang akan fikir macam mana nak survive tapi Akira pula buat bucket list apa yang dia nak buat sebelum bertukar menjadi zombie.
Antara perkara yang disenaraikan adalah pergi menyelamatkan kawan baiknya, Kecho (Shuntaro Yanagi) yang terperangkap dan mahu jadi adiwira menyelamatkan orang lain juga. Untuk mencapai misinya, Akira merancang untuk mendapatkan sut ikan jerung yang kalis gigitan di sebuah akuarium terkenal.
Dalam perjalanan tersebut, Akira bertemu dengan seorang gadis bernama Shizuka (Mai Shirashi) yang lebih selesa bergerak secara solo. Shizuka tak suka dengan Akira dan Kecho sebab nampak mereka sangat santai daripada memikirkan bahaya yang ada.
tapi tanggapan Shizuka mula berubah selepas mengharungi perjalanan yang panjang bersama sebelum tiba ke destinasi mereka. Adakah mereka bertiga akan selamat dari serangan zombie?
first half terhibur juga dengan perangai Akira yang santai dan relaks habis menikmati hidup padahal dunia sedang diancam bahaya. masuk second half, cerita dia dah merapu sangat pastu confius juga bila sampai scene ikan jerung melawan kamen rider ni. aku confius tengah tengok cerita zombie ke kamen rider.
Overall not bad juga kalau korang nak tengok cerita zombie yang lain dari lain. filem ni nak higlight tentang environment tempat kerja yang toxic tapi yang penting sekali cari impian sendiri dan enjoy your life.