Revenant (2023) | Review Drama Korea

Revenant (2023) | Review Drama Korea

Title : Revenant
Director : Lee Jung Rim, Kim Jae Hong
Screenwriter : Kim Eun Hee
Network : SBS
Release Date : 23 Jun 2023
Episodes : 12
Duration : 70 minutes
Genre : Mystery, Thriller, Horror
Cast : Kim Tae Ri, Oh Jung Se, Hong Kyung, Park Jin Young, Yang Hye Ji, Jin Seon Kyu, Kim Won Hae, Kim Hae Sook, Lee Kyu Hoe

SYNOPSIS:
When the door to another world opens, demons exist there. Ku San Young is possessed by one of those demons. Yeom Hae Sang can see the demon which has possessed Ku San Young. They try to figure out the truth behind the mysterious deaths related to the five sacred objects.

Revenant (2023) | Review Drama Korea

Revenant mengisahkan Gu San Yeong (Kim Tae Ri) seorang gadis miskin yang kehilangan duit simpanannya selepas ibunya, Yoon Gyeon Moon (Park Jin Young)  menjadi mangsa scammer. Pada hari yang sama juga, San Yeong dapat tahu bapanya yang disangka telah meninggal dunia ketika kecil baru sahaja meninggal dunia.

San Yeong terkejut dan tak tahu apa yang terjadi sampai ibunya menyembunyikan hal sebenar. Sewaktu memberi penghormatan kepada ayahnya, nenek Sanyeong menyerahkan satu barang milik ayahnya iaitu aksesori rambut kepadanya.

Sejak hari itu ada roh jahat atau juvenile ghost telah mendampingi Sanyeong. Apabila menyedari hal tersebut, Sanyeong cuba meminta bantuan daripada Yeom Haesang (Oh Jung Se).

Revenant (2023) | Review Drama Korea

Yeon Hae Sang seorang pensyarah dalam bidang folkfore mempunyai kebolehan melihat hantu. Haesang sebenarnya menyiasat kematian ibunya yang diklasifikasikan sebagai bunuh diri oleh pihak polis tapi Haesang percaya ada roh jahat yang menjadi punca segalanya. selepas lama mencari, dia ternampak roh tersebut pada Sanyeong.

Walaupun pada awalnya Sanyeong tidak percaya tapi ada kematian yang berlaku ada kaitan dengan dirinya menyebab Sanyeong semakin takut dirinya tidak terkawal dan ramai yang menjadi korban.

Mereka menyiasat asal usul aksesori rambut tersebut dan mencari jalan untuk menyelesaikan misteri dan membuang roh johat yang mendampingi Sanyeong.

Revenant (2023) | Review Drama Korea

Lee Hong Sae (Hong Kyung) pula seorang detektif pening melayan kerenah senior dia, Seo Moon Choon (Kim Won Hae) yang begitu obsess menyiasat kes bunuh diri sedangkan dia cuba mencari kes yang menarik supaya senang naik pangkat.

Ada perjanjian antara Lee Hong Sae dengan senior dia menyebabkan dia setuju untuk menyiasat siri kes membunuh diri yang mempunyai pattern yang sama. Moon Choon tak percaya kewujudan hantu, bila disiasat kes tersebut ada kaitan dengan ayah Sanyeong, Prof Gu Gang Mo (Jin Seon Kyu) dan Sanyeong tapi langsung tiada bukti untuk kaitkan mereka berdua dengan kematian yang berlaku.

Sehingga berlaku tragedi malang menyebabkan Hong Sae percaya dengan roh jahat yang merasuk Sanyeong. Hong Sae bekerjasama dengan Haesang dan Sanyeon untuk mendapatkan identiti roh jahat tersebut seterusnya mencari lima barang yang membolehkan mereka menghapuskan juvenile ghost yang bertahun-tahun membuat onar di muka bumi.

Revenant (2023) | Review Drama Korea

Semua ini sebenarnya berpunca daripada ketamakan manusia sehingga sanggup mengorbankan nyawa yang tidak bersalah demi kepentingan diri sendiri. kisahnya bermula pada tahun 1958, apabila keluarga Na Byung Hee (Kim Hae Sook) meminta bantuan shaman untuk menyelamatkan bisnes keluarga mereka yang hampir lingkup.

Mereka mengorbankan nyawa seorang budak untuk membangkitkan juvenile ghost, kalau orang kita panggil saka keturunan kot sebab benda ini akan diwarisi untuk dijadikan protection dari nasib malang dan buat keluarga mereka kaya raya.

Mak Haesang cuba nak buang benda tu tapi tak berjaya dan benda tu pergi pada ayah Sanyeong kemudiannya diwariskan kepada Sanyeong. so kalau nak tahu apa kaitan ayah Sanyeong sampai boleh dapat saka puaka ni, korang kena tengoklah sendiri.

Dipendekkan cerita nenek ni yang menjadi punca segala masalah yang berlaku dan dia seorang yang menyimpan rahsia dan tahu macam mana nak hapuskan roh jahat tersebut. tapi Na Byung Hee ada buat perjanjian lain dengan hantu tersebut sampai dia sanggup bunuh suami dan anak dia supaya dapat terus jadi kaya raya.

Revenant (2023) | Review Drama Korea

Walaupun drama Revenant berkaitan hantu atau saka tapi seriusly cerita dia tak seram langsung, banyak saspen dan terkejut. jalan cerita dia sangat menarik sebab banyak misteri dan persoalan yang cuba dirungkaikan oleh dua watak utama ni.

Kim Tae Ri bawa watak Gu Sanyeong dengan baik sekali sebab bukan sahaja kena bawa dua watak berbeza tapi setiap emosi yang ditunjukkan memang terbaik. suka tengok gandingan Kim Tae Ri dan Oh Jung Se sebagai watak utama dalam drama ni.

kalau dah nama hantu tu memang setanlah perangai banyak muslihat dia, kadang rasa macam mereka dah hampir nak selesaikan segala misteri rupanya hantu ni pun ada motif tersendiri untuk memperdayakan manusia.

Overall jalan ceritanya sangat menarik, kalau korang suka tengok drama misteri dan mistik bolehlah menonton drama Revenant.

Baca juga :