Telefilem : Rahsia Malam Jumaat
Produksi : Orange Tree Production
Pengarah : Kyoll Hamzah
Siaran : TV3
Tayangan : 10 Oktober 2020
Pelakon : Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zilla Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff
SINOPSIS:
Hana dan Nani balik kampung melawat ibu dan adik. Ketika itu, heboh tentang isu pembunuh bersiri di kampung mereka.
Rahsia Malam Jumaat sebuah telefilem seram komedi mengisahkan Hana (Janna Nick) dan Nani (Elfira Loy) yang pulang ke kampung untuk melawat ibu dan adik mereka, waktu ini juga kecoh dengan berita pembunuhan bersiri berlaku di kampung mereka tapi Hana dan Nani tak ambil peduli hal tersebut lagipun bukan selalu mereka balik kampung.
Hana dan Nani membuat rancangan untuk pergi ke sebuah konsert dan dalam perjalanan pulang berlaku satu insiden apabila mereka ternampak dengan seorang lelaki tua yang terjatuh dalam lubang di tepi jalan.
Mereka mahu menolong tapi masing-masing diserang panik kerana menyangka lelaki tersebut telah mati apabila melihat badannya tidak bergerak. Selepas insiden tersebut mereka terus pulang ke Kuala Lumpur dan merahsia perkara tersebut tapi hidup mereka pun tak tenang apabila mula diganggu hantu tersebut.
Hal ini menyebabkan Hana dan Nani cuba menyiasat kejadian kes orang hilang di kampung mereka untuk mencari identiti lelaki yang terjatuh lubang tempoh hari. Dari situ mereka bertemu dengan Muaz (Azlee Khairi), dari nak menyiasat tiba-tiba bertukar pula misi bersaing untuk mengorat Muaz.
Dalam masa yang sama mereka cuba merungkai misteri yang berlaku pada malam jumaat tersebut. Apa sebenarnya yang berlaku?
cerita dia memang kelakar tapi jadi saspen bila lelaki tersebut gigih ikut Hana dan Nani rupa-rupanya ada pesanan yang cuba disampaikan. sampai scene Muaz lagilah kelakar. Overall telefilem Rahsia Malam Jumaat sangat santai dan menghiburkan.