Kiralik Ask - Love For Rent (2015) | Review Turkish Drama

Kiralik Ask - Love For Rent (2015) | Review Turkish Drama

Title : Kiralik Ask
Release Date : 19 June 2015
Episodes : 69
Genre : Romance, Comedy
Cast : Baris Arduc, Elcin Sangu, Salih Bademci, Onur Buyuktopcu, Mujde Uzman, Seckin Ozdemir, Sinem Ozturk, Nergis Kumbasar, Melisa Senolsun

SYNOPSIS:
When Defne's brother gets into debt and is held captive, Defne is forced to accept an offer in exchange for the money. She has to make omer, a wealthy shoe designer who owns a company, fall in love with her and marry her.

Kiralik Ask - Love For Rent (2015) | Review Turkish Drama

Kiralik Ask mengisahkan Omer seorang Ceo muda yang kuat bekerja dan tidak suka mempunyai komtimen dalam hubungan peribadi. Omer berasal dari keluarga kaya tapi lebih suka berdikari selepas ibu bapanya meninggal dunia dan tak mahu menerima bantuan dari datuknya yang kaya.

Masalah timbul bila datuk Omer nak Omer berkahwin tapi Omer bukan kisah pun dengan harta datuk dia. tapi maciknya, Neriman panik bila datuk Omer cakap yang mereka pun tak dapat harta kalau Omer membujang. Neriman membuat rancangan supaya Omer berkahwin dan dia dapat mewarisi harta pusaka.

Review Drama Turki : Kiralik Ask (Love For Rent)

Defne pula seorang gadis biasa yang penampilan agak selekeh dan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran untuk menyara keluarganya.

Suatu hari seorang wanita kaya bernama Neriman datang bertemu dengan Defne yang mahu Defne menjadi pembantu peribadi anak saudaranya iaitu Omer dan menggoda Omer sehingga berjaya berkahwin dengan Omer.

Defne merasakan Neriman ni gila tapi disebabkan Neriman menawarkan wang dengan jumlah yang besar, Defne bersetuju dengan tawaran tersebut sebab dia terdesak perlukan duit sebab abangnya berhutang dengan ceti haram.

Kiralik Ask - Love For Rent (2015) | Review Turkish Drama

Alkisahnya Omer ada blind date di restoran tempat Defne bekerja, rimas dengan blind date tersebut boleh pula si Omer ni pergi kiss Defne.

Neriman yang pergi skodeng terkejut dengan insiden dan terus dapat idea untuk mengupah Defne. iyelah kalau semua perempuan cantik dan menggoda tak pernah berjaya why not guna Defne cuma ubah penampilan Defne yang selekeh supaya menjadi lebih cantik untuk menarik perhatian Omer.

Pada hari pertama memulakan kerja memang Omer langsung tak cam Defne ni gadis yang sama dia kiss hari tu. Defne ni serba serbi sudah dilatih oleh Neriman tentang semua benda yang Omer suka dan tak suka so sedikit sebanyak Omer berpuas hati dengan kerja Defne dan mula tertarik dengan personaliti Defne.

Kiralik Ask - Love For Rent (2015) | Review Turkish Drama

Di pejabat Omer, Yasemin sudah lama menyimpan perasaan pada Omer tapi Omer tak pernah pandang Yasemin lebih dari rakan sekerja. Neriman juga sangat anti dengan Yasemin, dia tak kisah pun Omer nak kahwin dengan siapa asalkan bukan dengan Yasemin.

Kiralik Ask - Love For Rent (2015) | Review Turkish Drama

Kiralik Ask sebuah drama romantik komedi yang menarik juga dan selain jalan cerita, chemistry antara Defne dan Omer juga menjadi kekuatan drama ni.

terhibur juga dengan perangai Defne yang agak clumsy, lain yang Neriman suruh lain pula yang dia buat tapi personaliti dia juga yang buat Omer tertarik dan jatuh dengan dia. bila Defne juga dah jatuh cinta, dia mula rasa bersalah sebab dari lagi dia menipu Omer.

Konflik dia sebenarnya tak berat sangat tapi itulah episod dia panjang sangat sampai sekerat jalan penat nak follow, setiap kali Defne nak beritahu Omer cerita sebenarnya mesti tak berjaya mesti bersambung next episode gitulah tapi mostly watak dalam drama ni memang best dan menghiburkan.