Tajuk : Coffee, Sara
Penulis : Ieya Sya
Helaian : 498
Penerbit : Kaseh Aries Publication
Terbitan : Jun 2020
SINOPSIS:
Dianggap sebagai ‘pesalah’ selama bertahun-tahun menjadikan Sara seorang yang paranoid, menyendiri dan menutup diri sendiri dari dunia luar. Apatah lagi yang menjatuhkan hukuman itu adalah Kifli, darah dagingnya sendiri.Hadirnya Faz, seorang lelaki halimunan di alam mimpi membuka ruang untuk dia melarikan diri dari realiti. Disangka cuma teman ilusi mimpi, rupa-rupanya Faz wujud di alam realiti. Mereka berjanji untuk bertemu setelah wujud rasa indah antara mereka.“Cukup tujuh kali kita bertemu dalam mimpi ni, kita jumpa di dunia sebenar.” – FAZTiba-tiba Adam muncul sebagai penyewa rumah. Seorang lelaki yang adakalanya menjengkelkan dan adakalanya menyenangkan. Entah kenapa Sara merasakan Adam sentiasa ada untuknya. Sentiasa menjadi penyelamatnya. Setiap kali dekat dengan lelaki itu, ada getar debaran di dadanya. Ada rasa indah di jiwa. Macam mana dia boleh jatuh hati kepada dua orand lelaki dalam masa yang sama?“Aku mula cintakan kau, Sara...” – FAZ“Saya takut kalau awak cuba terima saya selepas tahu saya cintakan awak.” – ADAM“Ya, saya cintakan dia!” – SARANamun satu nota merubah segalanya, termasuk kisah cinta mereka. Rahsia dan kisah sebenar punca kejadian Sara menjadi ‘pesalah’ mula terbongkar. Mereka semua terlibat.Siapakah sebenarnya yang bersalah dalam kejadian itu? Siapakah lelaki yang menjadi pilihan Sara dan layak menerima cintanya?
Review Novel Coffee, Sara
Kisahnya berlaku satu tragedi yang menyebabkan hubungan Sara dengan abang kandungnya retak, Sara pula membawa diri dan berkurung di dalam rumah jadi paranoid nak berdepan dengan orang.
Suatu hari dia termimpi bertemu seorang lelaki bernama Faz tapi tak dapat lihat muka Faz, mereka bertemu dalam mimpi yang sama beberapa kali dan Sara banyak menceritakan masalahnya pada Faz. Mereka berjanji akan bertemu dalam dunia nyata selepas pertemuan mereka yang ketujuh.
Dalam masa yang muncul seorang lelaki bernama Adam yang menyewa di tingkat atas rumah Sara. Adam lelaki yang misteri, sangat misteri.
Apa yang aku tak suka, penulis suka guna dialog yang panjang dalam buku penulis sebelum ni pun sis ada masalah yang sama. tapi aku tak sure masalah dialog atau masalah size font yang agak besar dari buku penerbit ni yang mengganggu bacaan. sebab aku jadi penat nak selak setiap helaian dan mata aku pun jadi penat nak fokus pastu macam terapi pula baru baca dua tiga bab dah ngantuk terus tidur, ambil masa juga nak habiskan satu buku.
pastu banyak juga watak dia saling berkait atau kebetulan kenalan kepada kenalan macam Sara ada kawan baik, jiran kawan baik dia kenal dengan Adam. pastu kawan baik abang dia kenal dengan Adam. kawan baik kepada abang dia pun ada kaitan dengan Adam. banyak kebetulan macam ni rasa tak logik rasa macam tak berkembang diorang punya circle.
apa yang aku suka jalan ceritanya agak menarik ada misteri, thriller dan fantasi. jenuh berteka-teki apa kaitan semua watak ni dengan tragedi malang yang berlaku dalam hidup Sara. penulis cuba kelirukan pembaca tapi part Faz tu dah boleh teka siapa. yang best banyak plot twist yang menarik, sampai jadi seram pula nak tahu siapa sebenarnya Adam ni sebab banyak betul rahsia dia.
walaupun ada benda yang tak suka tapi overall jalan cerita yang agak menarik sebab part fantasi dan misteri tu.
**MY RATING : 3.5 /5**
Baca juga : Novel Adanya Engkau karya Ieya Sya