The Gangster, The Cop and The Devil (2019) | Review Movie

The Gangster, The Cop and The Devil (2019) | Review Movie


Title : The Gangster, The Cop and The Devil
Director : Lee Won Tae
Release Date : 15 May 2019
Duration : 1 hour 50 minutes
Genre : Action, Thriller, Mystery, Crime
Cast : Kim Mu Yeol, Ma Dong Seok, Kang Kyung Ho, Yoo Seung Mok,  Choi Min Chul, Kim Yoon Sung, Kim Seung Hyun, Kim Gyu Ri

SYNOPSIS:
Jang Dong Soo is a gang boss in Cheonan. He becomes the target of a serial killer, Kang Kyung Ho, but ultimately survives the attack. He is the only person to have ever survived from an attack by this serial killer. Detective Jung Tae Seok hates organized crime but is forced to work with Jang Dong Soo in order to catch the serial killer



The Gangster, The Cop and The Devil (2019) | Review Movie



The Gangster, The Cop and The Devil  mengisahkan Jung Tae Seok (Kim Mu Yeol) seorang detektif yang menyiasat satu kes pembunuhan yang mempunyai persamaan dengan kes yang disiasatnya sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan kes tersebut.

Modus operandi yang dilakukan nampak seperti amatur tapi langsung tidak meninggalan sebarang bukti dan cap jari. Taek Seok cuba mengaitkan kes tersebut sebagai pembunuhan bersiri namun orang atasan menolak teori tersebut kerana tiada bukti.

The Gangster, The Cop and The Devil (2019) | Review Movie

Pembunuh tersebut menyerang mangsanya secara rawak. Modusnya sama iaitu melanggar kereta mangsa dari belakang, apabila mangsa keluar dari kereta terus diserang tanpa belas kasihan.

Nak dijadikan cerita memang silap besar bila pembunuh tersebut pergi serang ketua gengster di kawasan tersebut iaitu Jang Dong Soo (Ma Dong Seok).

Walaupun Jang Dong Soo cedera parah tapi dia sempat lawan dengan pembunuh tersebut yang kemudiannya melarikan diri kerana turut cedera akibat salah pilih mangsa pada malam tersebut.

The Gangster, The Cop and The Devil (2019) | Review Movie

Jung Tae Suk pergi melawat Jang Dong Soo bila tahu lelaki itu diserang dan mahu Jang Dong Soo memberi keterangan untuk membantunya menyelesaikan kes tersebut.

of course lah Jang Dong Soo tak mengaku dia kena serang, malu wei nak mengaku abang long kawasan kena belasah dengan stranger. Sebenarnya Jang Dong Soo nak balas dendam dengan cara tersendiri dan mengarahkan anak buahnya mencari pembunuh tersebut.

tapi Jang Dong Soo menghadapi kesukaran dalam menjejak tersebut sebab dia perlukan bantuan polis berkaitan forensik untuk cari maklumat pembunuh. sebab tu juga akhirnya dia bersetuju untuk bekerjasama dengan Jang Tae Suk.

The Gangster, The Cop and The Devil (2019) | Review Movie

jalan ceritanya menarik bila tengok polis dan gangster bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh. overall, gandingan yang mantap antara Ma Dong Seok dan Kim Mu Yeol, penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Baca juga :