Review Movie | Tid Noi (2023)

Review Movie | Tid Noi (2023)

Title : Tid Noi
Director : Theng Therdtherng
Network : Prime Video
Release Date : 25 Jan 2023
Genre : Comedy
Cast : Aum Patchrapa, Theng Therdtherng, Ananda Everingham, 

Review Movie | Tid Noi (2023)

Mengisahkan Tid Noi (Theng Therdtherng) yang sangat mencintai jiran sebelah rumahnya, Nak (Aum Patchrapa) dan selalu menemani gadis itu kemana sahaja. Dalam masa yang sama Nak dan Mak (Ananda Everingham) sudah saling mencintai.

Tid Noi pergi ke bandar mencari pekerjaan bagi mengumpul duit untuk melamar  Nak dan menyediakan kehidupan yang senang buat Nak. selepa beberapa lama tinggal di bandar, Tid Noi pulang ke kampung halamannya tapi sayangnya Nak sudah menjadi milik Mak.

Filem Tid Noi ni versi lain kisah hantu terkenal, Mae Nak Phra Khanong tapi ini versi lelaki lain yang begitu mencintai Nak.

Review Movie | Tid Noi (2023)

Seperti kisah asalnya, Mak kena pergi berperang tinggalkan Nak yang sedang mengandung. Sepanjang tempoh tersebut, Tid Noi yang begitu setia menemani dan menjaga Nak.

Sewaktu Nak sedang sakit mahu melahirkan anak, Tid Noi tekad pergi ke medan perang untuk membawa Mak pulang menemui Nak tapi mereka berdua tak tahu yang Nak sudah meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulungnya.

Orang kampung cuba memberitahu Mak dan Tid Noi yang Nak itu sebenarnya hantu tapi sesiapa yang cuba memberitahu agak dibunuh ditimpa musibah.

Review Movie | Tid Noi (2023)

Filem Tid Noi bergenrekan komedi, ada beberapa scene yang kelakar tapi overall agak hambar. wata Tid Noi tak begitu menyerlah sangat selain nak tunjuk watak ni lurus bendul. Dah tahu Nak dan Mak saling mencintai tapi tetap juga nak in denial dan dok bagi harapan palsu kat diri sendiri.

filem ini nak tunjukkan yang cinta Tid Noi pada Nak lebih pada cinta sejati, walaupun tidak dapat memilik Nak, Tid Noi mahu Nak hidup bahagia dengan orang tercinta. tapi tulah nak cakap kelakar tu macam kureng. aku rasa produksi sana dah boleh stop kot buat kisah Mae Nak sebab dah banyak versi aku tengok, takde yang fresh pun dengan versi ni.

Baca juga :