I Love You Stupid! 1 by Melur Jelita | Book Review

I Love You Stupid! 1 by Melur Jelita | Book Review

aku baru tahu novel I Love You Stupid telah diadaptasi ke drama bersiri. sejujurnya bila tengok pelakon dia hurmm terus tak rasa nak tengok, tak ada aura yang buat sis tertarik untuk tengok. so sis decide nak baca novel tapi itulah bukan mudah nak mencari novel lama ni, harga semua macam pergi haji balik hari. cekik darah habis. last sekali beli e-book dia di e-SENTRAL, jimat sikit wei.

Baca juga : Drama The Hotel lakonan Mira Filzah dan MK K-Clique


Tajuk : I Love You Stupid ! Extended Version 1
Penulis : Melur Jelita
Helaian : 940
Penerbit : Anggun Melur
Terbitan : 2018

SINOPSIS:
KISAH KEMANUSIAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.

Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati.

Aku, Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous!

"Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari itu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedassss!"
IRIS

"Kesalahan keempat cuba mengoda polis.
Kesalahan kelima, menghina kerja polis,
Kesalahan keenam, menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.."
INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MR PARFAIT! PERFECT!

Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris."- DOKTOR AIDAN

Abang pedas sudah hilang, hidupku sunyi. Tiada lagi hiburan.

Dari pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aku bertukar kepada pembunuh lanun tanpa ampun!

Gara-gara dia! Ya, dia. FIRMAN the lanun! Mulutnya ya rabbi! Ufff pedas pijar!

Di Kemboja, aku dihadiahkan seorang bodyguard yang serabut serabai bagai roti kirai! Persis seorang lelaki tua gelandangan yang tidur di atas kotak. Nak melalak aku! Teruk betul taste papa! Langsung yidak memahami jiwa seorang anak. Tiada yang handsome sikit ke?

Dia lupa ke siapa aku? Seorang SUKSIS yang bersemangat kental. Salah satu produk Polis Diraja Malaysia yang paling berjaya! Setakat lanun selebet seperti dia, aku sesah tanpa ampun!

Demi misi, aku terpaksa bersabar. Dan aku berdoa kesabaranku tidak menipis. Jika tidak, pasti kami berbunuhan!

Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku.


Review Novel I Love You Stupid! 1 by Melur Jelita

Mengisahkan Iris Nur anak orang kaya dan sangat aktif dengan badan beruniform SUKSIS di universiti. Pertemuan pertama Iris dengan Inspektor Ebrahim ketika disaman kerana melanggar peraturan jalan raya dan mereka bertemu lagi apabila Tuan Ebrahim dijemput untuk memantau aktiviti SUKSIS.

Iris perasan terpaling diva dan tercantik, kuat menggoda tapi cuma Tuan Ebrahim sahaja yang tak tunduk dengan godaan dia. sekali Tuan Ebrahim cakap dan menegur mahu berasap itu yang diberi gelaran Abang Pedas. sis terhibur betul setiap kali Tuan Ebrahim buka mulut.

Penceritaan diteruskan dengan misi kemanusiaan Iris ke Kemboja untuk membantu penduduk yang hidup dalam keadaan daif dan serba kekurangan. Iris ditemani oleh bodyguard bernama Firman a.k.a Inspektor Ebrahim a.ka. abang Pedas sebab itu syarat yang diberi oleh ibu bapanya demi menjaga keselamatan Iris di sana. 

Kenapa Inspektor Ebrahim boleh jadi Firman? Apa kaitan Firman dengan Kemboja? yang itu kena baca sendirilah buku dia.

Ini buku kedua Melur Jelita yang aku baca selepas The Unsung Hero, sebelum tu ada baca buku Awak Suka Saya Tak? malangnya maaf saya tak suka awak. benda positif dalam buku ni dia banyak info dan knowledge pasal SUKSIS, sejarah Kemboja dan kedaifan orang Islam di Kemboja.

bagi aku benda tu sangat menarik sebab belajar benda baru tapi masalahnya buku ni terlampau panjang terlampau tebal. sampai separuh jalan aku dah penat sebab perangai heroin dia maintain dari awal sampai akhir, annoying!

permulaan cerita tak kisahlah sangat, bila dia cakap nak join misi ke Kemboja ingatkan progress watak dia semakin baik tapi gitulah perangai dia, berlagak diva. pergi tempat orang sepatutnya belajar cara hidup orang, belajar untuk lebih berdikari tapi ini tak semuannya nak kena ikut cakap dia. kalau tak follow dia mulalah nak buat perangai besar kepala dia dan buat masalah. pastu yang nak menyelesaikan masalah Firman juga. aishhh nasiblah hero dia penyabar gila, aku bertahan dengan novel ni sebab hero dia wei.

Versi extended ni lebih panjang sebab dah terbahagi kepada bahagian 1 dan 2 compare dengan versi original, ending dia tergantung so kena baca sambungan dia untuk tahu apa sebenarnya motif Iris ke Kemboja. apa berlaku pada hubungan Iris dan Aidan dan bagaimana pengakhiran kisah Iris dan Firman.

Buku ni menarik sebab banyak info tapi aku tak boleh nak masuk sangat sebab rasa macam baca diari Iris, penat nak habiskan dengan perangai mengada-gada yang terpaling diva. tapi itulah nak tahu kesudahannya kena baca buku yang kedua pula.

**MY RATING : 3.5/5**