Burn The House Down (Netflix) | Review Drama

Burn The House Down (Netflix) | Review Drama

Title : Mitaraike, Enjou Suru
English Title : Burn the House Down
Director : Yuichiro Hirakawa
Screenwriter : Arisa Kaneko
Network : Netflix
Release Date : 13 July 2023
Episodes : 8
Duration : 50 minutes
Genre : Thriller, Mystery
Cast : Mei Nagano, Kyoka Suzuki, Asuka Kudo, Taishi Nakagawa, Yuri Tsunematsu, Kie Kitano, Michiko Kichise, Mitsuhiro Oikawa

SYNOPSIS:
The Mitarai family are wealthy and they have run a hospital for generations. One day, their home burns down in a fire. 13 years later, Murata Anzu, from a housekeeper agency, is hired by Mitarai Makiko. She is the second wife of Mitarai Osamu. Murata Anzu soon begins to work at the Mitarai's home as a housekeeper. She has a secret purpose to work in their home.

Burn The House Down (Netflix) | Review Drama

Burn The House Down mengisahkan Anzu Murata (Mei Nagano) menyamar sebagai pembantu rumah dengan menggunakan nama samaran palsu untuk masuk ke dalam rumah keluarga Mitarai mencari bukti membongkar misteri kebakaran rumahnya yang berlaku pada 13 tahun yang lalu.

Anzu syak Makiko Mitarai (Kyoka Suzuki) dalang kejadian tersebut sebab Makiko rapat dengan ibunya. Selepas ibu dan bapanya bercerai, Makiko berkahwin dengan ayahnya dan kini menjalani kehidupan yang mewah dan seorang influencer terkenal.

Burn The House Down (Netflix) | Review Drama

Bapa Anzu, Osamu seorang doktor manakala ibunya, Satsuki seorang suri rumah sepenuh masa yang menyokong kerjaya suaminya walaupun berdepan kritikan negatif dari keluarga Mitrai.

Selepas insiden kebakaran tersebut, Osamu bercerai dengan Satsuki dan langsung tidak menghubungi anak-anaknya setelah berkahwin dengan Makiko. Satsuki pula terus diburu rasa bersalah sehingga menyebabkan dia mengalami amnesia.

Hal ini menyebabkan Anzu nekad untuk membalas dendam dan percaya yang Makiko masih menyimpan bukti di rumahnya. Sepanjang bekerja di situ, banyak rahsia Makiko yang diketahui oleh Anzu.

Burn The House Down (Netfflix) | Review Drama

Makiko seorang ibu tunggal yang struggle membesarkan dua orang anak lelaki iaitu Kiichi dan Shinji. Makiko dan Satsuki berkenalan kerana Anzu dan Kiichi sekelas dan terus menjadi rapat. Dia cemburu melihat kehidupan Satsuki yang dilihat sangat sempurna dan mewah then cita-cita dia tercapai bila dapat menggantikan tempat Satsuki.

Bila hidup kaya ni, dia nak orang luar nampak kehidupannya sangat perfect kononnya sebagai wanita bekerjaya dia juga dapat menguruskan rumah dengan baik siap masuk tv bagi tips cara nak bagi rumah bersih dan resepi masakan. padahal semua itu dilakukan oleh pembantunya yang diupah secara senyap. 

Burn The House Down (Netfflix) | Review Drama

Makiko cuba menyembuyikan kewujudan anak sulungnya Kiichi (Asuko Kudo) dengan mengatakan Kiichi bekerja dengan syarikat besar di luar negara. Sebenarnya ada sesuatu berlaku menyebabkan Kiichi hilang keyakinan diri sampai fobia nak keluar rumah selama 10 tahun.

pastu Anzu dapat tahu tentang kewujudan Kiichi dan cuba menggunakan Kiichi. tapi Kiichi terus tahu identiti sebenar Anzu sebab mereka dulu agak rapat juga.

Sepanjang Anzu bekerja di rumah tersebut, dia makin rapat dengan Kiichi dan Kiichi banyak membantunya bila tahu motif sebenar dia kembali semula ke rumah tersebut.

Burn The House Down (Netfflix) | Review Drama

Watak paling tak guna sekali dan patut dapat makian adalah bapa mereka iaitu Osamu Mitarai. Waktu tragedi tersebut berlaku, dia langsung tak ada effort nak menyiasat hal sebenar dan terus salahkan Satsuki.

Tahulah tak boleh jadi suami yang baik tapi sebagai bapa pun gagal. Kesian dengan Yuzu datang cari Osamu untuk minta bantuan walaupun Anzu cakap bapa diorang tak boleh percaya then memang betul pun cakap Anzu tu, Osamu lebih sebelahkan Makiko dari anak sendiri. 

At the end bila kebongkaran terbongkar terus dia salahkan Makiko dan anak-anaknya. Selalu orang cakap perempuan tak pernah salah tapi ini first time lelaki tak pernah salah. 

Burn The House Down (Netflix) | Review Drama

plot yang menarik nak tahu siapa dalang sebenarnya menyebabkan kebakaran dan apa yang berlaku pada hari kejadian. tapi secara keseluruhan jalan ceritanya agak flat sebab revenge drama jepun tak intense sangat macam drama thailand atau drama korea.

Watak utama Anzu boleh dikategorikan agak baik untuk orang yang nak balas dendam sebab tujuan sebenarnya cari kebenaran nak suruh Makiko minta maaf dengan emak dia atas apa yang berlaku. bagi aku reason dia nak balas dendam tu alahai baiknya. tak tahu nak cakap balas dendam atau sekadar membongkar kebenaran.

Tak banyak sangat progress pada watak Anzu dan jalan ceritanya agak flat cuma bila masuk dua episod akhir menarik sikit sebab ada plot twist berlaku, itu pun bagi aku tak strong sangat selepas kau berteka-teki selama 8 episod.

Burn The House Down (Netflix) | Review Drama

at the end aku yang confius dengan genre drama ni, nak cakap thriller macam tak trill, nak kata revenge pun tak macam revenge. so overall, Burn the House Down tipikal drama jepun. ending dia pun semua baik-baik sahaja, karma does not happen here!

Baca juga :