Sutera Bayu (TV2) | Sinopsis Drama

Sutera Bayu (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Sutera Bayu
Pengarah : Marlin Brando
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 6 September 2023
Episod : 13
Masa : Isnin-Jumaat | 5.00 Petang
Pelakon : Azam Pitt, Lia Natalia, Rosario Bianis

Sinopsis Drama Sutera Bayu

Mengisahkan Haris seorang nelayan dan mengusahakan bagang peninggalan arwah bapanya. Haris cuba menarik pelabur untuk melabur dalam pembinaan resort di Inderasabah namun usahanya gagal.

Suatu hari semasa pergi ke bagang, Haris menemui seorang gadis yang terlibat dalam tragedi bot karam bersama keluarganya. Gadis itu bernama Mastura yang berasal dari Nunukan, kedua ibu bapa Mastura terkorban dalam tragedi tersebut manakala Mastura pula hilang ingatan dan kini dijaga oleh Ain dan ketua kampung.

Haris yang sudah berputus asa mahu mencari kerja di Australia tapi Mastura memberi idea kepada Haris untuk mengkomersialkan bagang di Inderasabah sebagai tarikan pelancongan kerana bagang adalah cara tradisi menangkap ikan yang unik bagi masyarakat Tawau.

Mastura dan Haris semakin rapat kerana Haris cuba membantu memulihkan ingatan Mastura. Perlahan-lahan Haris dan Mastura saling dilamun cinta. Sebaliknya pula bagi Ain dan Haris. Keakraban persahabatan mereka semakin renggang. Haris lebih banyak berkongsi perancangannya membina resort dengan Mastura berbanding dengan Ain.