Lazuardi (TV Okey) | Sinopsis Telefilem

Lazuardi (TV Okey) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Lazuardi
Produksi : Nadirasa Budaya Sdn Bhd
Pengarah : Mejar Zainal Hayat
Penulis Skrip : Ramlah Rashid
Siaran : TV Okey
Tayangan : 28 September 2023
Masa : Khamis | 4.30 Malam
Pelakon : Naufal Hatta, Alya Iman, Nazref Nazri, Fimie Don, Tash Yong, Den Wahab Zaidi Omar

Sinopsis Telefilem Lazuardi

Mengisahkan Mawar yang malu apabila tunangnya, Jejai ditangkap khalwat dengan Wani. Keluarganya menyalahkan Mawar kerana membuat pilihan yang salah dan Mawar menyalahkan ayahnya kerana tidak membenarkan mereka keluar dating sebelum kahwin.

Abang Mawar iaitu Lokman mahu mencari pengganti tempat pengantin lelaki untuk adiknya lalu terjumpa dengan Adam. Adam bersetuju untuk membantu Mawar setelah melakukan solat hajat dan istikharah.

Perkahwinan Mawar dan Adam pada mulanya agak hambar kerana tidak sempat mengenali hati budi masing-masing. Namun Mawar mula terbuka hati menerima Adam secara ikhlas apabila melihat keperibadian Adam yang jauh berbeza Jejai.

Konflik dalam rumahtangga mereka berlaku apabila Wani yang merupakan bekas tunang Adam muncul dan merayu kepada Mawar untuk menjadi isteri kedua Adam.

Walaupun Adam menegaskan dia sudah melupakan kisah lama, Mawar risau jika Adam menerima Wani semula dan hal ini menyebabkan Mawar berusaha menjaga hubungannya dengan Adam. Adakah Adam akan berubah hati?

Saksikan Lazuardi, telefilem khas sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini yang akan bersiaran pada 28 September 2023, jam 4.30 petang di saluran TV Okey.