Mawar Di Arafah by Fazlyn Ridz | Book Review

Mawar Di Arafah by Fazlyn Ridz | Book Review

Novel : Mawar Di Arafah
Penulis : Fazlyn Ridz
Helaian : 469
Penerbit : Love Novel Publishing
Terbitan : April 2023

SINOPSIS:
Najmi putus harapan akibat diduakan oleh tunangnya Camille yang memilih lelaki lain hanya 11 hari sebelum majlis pernikahan mereka. Bermusafir membawa diri ke Mekah, takdir menemukan dia dengan seorang wanita berniqab tanpa disedarinya di Jabal Rahmah. Bertentang mata buat pertama kali di kereta api menuju ke Madinah, dia tidak sedar Allah sedang menjawab doanya ketika di Tanah Suci.

“Ya Habibi...”

Suara itu kedengaran dalam mimpi Najmi ketika dia berada di Mekah. Namun dia tidak tahu gerangan pemilik suara itu.

4 tahun berlalu, Najmi tercari-cari wanita yang menyebut istilah itu. Lalu setelah masa itu tiba, seorang wanita bernama Hazelina muncul di depan mata. Namun wanita itu tidak seperti apa yang dibayangkannya. Jauh panggang daripada api. Wanita tampak suci berniqab itu ialah Hazelina; gadis seksi yang diintainya. Kata orang kalau sudah jodoh, biar terpisah benua, Allah akan satukan juga.

“Nak dekat dengan I, syarat pertama... kena tahan caci, Encik Najmi. You tak tahan... silakan blah.” - Hazelina.
“Tak baik macam tu...”- Najmi.
“Baik apa? You cakap sesuka hati... bila dah kena hamun dengan I, baru nak cakap I ni tak baik???”- Hazelina

Demi satu kepercayaan, dia percaya Hazelina merupakan jawapan pada doanya di Mekah dulu. Namun Najmi berdepan dengan bekas tunang ‘gila’ yang masih tidak berhenti mengganggu hidupnya. Dan Hazelina juga ada masalahnya sendiri.

Lelaki alpa itu pemimpin! Camille menjadi duri dalam hubungan Hazelina dan Najmi. Namun Najmi setia memimpin isterinya agar rumah tangganya tidak retak oleh perangai durjana Camille. Dugaan diharungi bersama sehinggalah Najmi mendengar perkataan ‘Ya Habibi’ disebut oleh Hazelina di depannya. Mampukah mereka terus bertahan dengan segala dugaan itu? Sekuat manakah cinta antara mereka?


Review Novel Mawar Di Arafah

Mengisahkan Najmi yang kecewa apabila tunangnya Camille membatalkan pernikahan mereka dua minggu sebelum majlis dan berkahwin dengan orang lain lalu membawa diri merantau hingga kota Mekah.

Semasa di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang Najmi percaya itu jodohnya tapi dia tak pernah tengok rupa gadis itu sebab berpurdah yang dia tahu nama gadis itu Hazel. Empat tahun kemudian Najmi bertemu semula dengan Hazel, Najmi menerima Hazel seadanya walaupun penampilan Hazel berbaza dari pertama kali mereka bertemu.

Konflik dalam buku ni lebih kepada orang ketiga iaitu Camille yang meroyan, lepas dah tinggal Najmi barulah nak rasa menyesal pastu terhegeh-hegeh nak balik pada Najmi walaupun masih berstatus isteri orang. mostly yang membuat onar adalah Camille dan bekas kekasih gelap Hazel iaitu Rizal.

plot dan jalan ceritanya agak menarik, aku suka watak Najmi dan Hazel sebab mereka berdua ada komunikasi yang bagus dan sangat open to each other, tiada rahsia antara mereka sebab semua masalah akan dikongsi bersama. pendek cakap healthy relationship dan tak ada konflik antara mereka berdua.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ /5**