The Package (2017) | Review Drama Korea

The Package (2017) | Review Drama Korea

Title : The Package
Director : Kim Jin Won, Jun Chang Geun
Screenwriter : Chun Sung II
Network : JTBC
Release Date : 13 October 2017
Episodes : 12
Duration : 60 minutes
Genre : Adventure, Comedy, Romance, Life
Cast : Jung Yong Hwa, Lee Yun Hee, Yoon Park, Choi Woo Shik, Ha Shi Eun, Lee Ji Hyun, Jung KyuSoo, Ryu Seung Soo, Park You Na, Sung Dong II

SYNOPSIS:
Yoon So So relocates to France with her college boyfriend--despite her parents’ Then, to remain in France to earn her Ph.D., she works as a tour guide. She leads the “Luxurious Premium Tour Packages: 1 Week in France”. So So always does her best so that travelers can create great memories together. This show covers one of those tours.

The Package (2017) | Review Drama Korea

The Package mengisahkan Yoon So So (Lee Yeon Hee) yang melarikan diri ke Perancis untuk berkahwin malangnya dia dikecewakan kekasihnya. Sejak hari itu dia menetap di Perancis dan menyambung pelajarannya di samping bekerja sebagai pemandu pelancong untuk menyara kehidupannya.

Suatu hari, Yoon So So membawa satu kumpulan pelancong dari korea yang terdiri daripada Sun Maru dan tiga pasangan lain yang mempunyai cerita dan masalah masing-masing.

The Package (2017) | Review Drama Korea

Sun Maru (Yong Hwa) merancang melancong ke Perancis bersama teman wanitanya tapi pada hari berangkat, teman wanitanya pula tiba-tiba menghilang.

kisah Maru agak sedih juga tapi watak dia ni kelakar sebab ada je benda random yang orang tak terfikir tapi dia gatal tangan nak cuba pastu So So juga nak kena setelkan masalah dia.

The Package (2017) | Review Drama Korea

Oh Gabsoo (Jung Kyu Soo) dan Han Bookja (Lee Ji Hyun) pasangan yang sudah lama berkahwin. mula-mula tu macam annoying juga sebab pakcik ni panas baran dan tak habis merungut kala ada benda tak kena, bini dia pula jenis tak banyak cakap, sabar je dengan laki dia. tapi scene yang terkejut bila Bookja naik angin terus semua orang terdiam tak berani nak lawan.

The Package (2017) | Review Drama Korea

Kim Gyung Jae (Choi Woo Shik) dan Han So Ran (Han Shi Eun) sudah lama bercinta. Han So Ran risau dengan hubungan mereka yang tiada arah tuju dan Gyung Jae pula selalu mengelak dari melamar teman wanitanya kerana faktor kewangan yang belum stabil.

The Package (2017) | Review Drama Korea

Hubungan Jung Yeon Sung (Ryu Seung Soo) dan Na Hyun (Park You Na) pada mulanya agak misteri dan menjadi tanda tanya pada ahli kumpulan lain sehingga ada yang salah faham dengan hubungan mereka. tapi bila reveal kisah mereka agak touching sikit.

The Package (2017) | Review Drama Korea

watak Yoon Park juga menimbulkan tanda tanya juga sebab asyik follow So So dan tak tahu motif sebenarnya.

plot dan jalan ceritanya The Package agak menarik sebab banyak plot twist berlaku. ceritanya bukan fokus pada watak utama sahaja tapi watak lain juga ada kisah tersendiri yang menarik.

The Package (2017) | Review Drama Korea

enjoy juga tengok drama sebab drama tengok view dan tempat yang best di Perancis selain cinematography yang cantik. 

selain jalan ceritanya yang menarik, aku suka tengok progress dan bonding antara So So dengan ahli kumpulannya. mula-mula semua buat hal sendiri tapi lepas beberapa hari travel bersama, mereka semakin rapat dan mengambil berat masalah masing-masing.

Walaupun drama The Package agak pendek tapi sebenarnya banyak pengajaran yang cuba disampaikan.