Niew Hua Jai Sood Glai Puen (2017) | Review Drama Thailand

Paragit Ruk Series: Niew Hua Jai Sood Glai Puen (2017) | Review Drama Thailand

Title : Paragit Ruk Series: Niew Hua Jai Sood Glai Puen
Another Title : The Spirit of the Ruler
Network : Channel 7
Aired : 1 July 2017
Episodes : 10
Duration : 1 hour 30 minutes
Genre : Romance, Action
Cast : Weir Sukollawat, Peak Pattarasaya,  Louis Hesse, Ice Athichanan, Papang Phromphiriya, Mint Pondiva, Mik Thongraya, Porshe Saran, Om Akkaphan

SYNOPSIS:
Captain Phurit, a skillful sniper with a firm heart, finds himself wavering for the first time after meeting Dr. Napaschon. Napaschon is working as a volunteer doctor in a village near the border between Russalong and Thailand when she along with another fellow doctor gets kidnapped by a minority troop. Phurit's mission is to return Dr. Napaschon back to Thailand.

Niew Hua Jai Sood Glai Puen (2017) | Review Drama Thailand


Paragit Ruk Series ada 4 buah kisah cinta ahli Shadow Team yang terdiri daripada Kapten Phurit (Weir Sukollawat), Karan (Mik Thongraya), Khanin (Porshe Saran) dan Jirawat (Om Akkaphan).

Dalam Niew Hua Jai Sood Glai Puen (The Spirit of the Ruler) pula merupakan kisah cinta Kapten Phurit dan Doktor Napaschon (Peak Pattarasaya) yang bertemu ketika melakukan tugasan masing-masing di dalam hutan.

Niew Hua Jai Sood Glai Puen (2017) | Review Drama Thailand


Kapten Phurit yang mengetuai Krating Unit telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan di kawasan sempadan bertemu dengan Dr Napaschon/ Pat yang menjadi doktor sukarelawan di kawasan tersebut bersama rakan-rakannya.

Suatu hari Pat dan seorang rakannya telah diculik, dan Phurit ditugaskan untuk menyelamatkan mereka. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai insiden yang berlaku dan ditempuhi oleh mereka berdua. Pat dan Phurit kemudiannya saling jatuh cinta.

Niew Hua Jai Sood Glai Puen (2017) | Review Drama Thailand


Keluarga Pat menjemput Phurit dan keluarganya sebagai tanda terima kasih kerana telah menyelamatkan anak mereka tambahan pula Phurit merupakan kawan baik Karan. Pada hari tersebut juga, Pat nekad untuk meluahkan perasaannya pada Phurit tapi kecewa apabila cintanya ditolak oleh Phurit.

Sebenarnya Phurit menyangka Pat dan Karan adalah pasangan kekasih bila melihat mereka begitu rapat rupa-rupanya baru dia tahu Pat dan Karan ni sepupu. Dengan sokongan kedua-dua keluarga, Phurit cuba memujuk Pat dan menyelesaikan salah faham yang berlaku .

Niew Hua Jai Sood Glai Puen (2017) | Review Drama Thailand

paling suka dalam lakorn ni adalah watak Kapten Phurit yang gentleman dan protective, scene yang dia flirting alahai comel betul. satu lagi best part team Krating mengusik kapten mereka, bila Karan dan Khanin masuk satu frame lagilah bertambah meriah dan kelakar.

tak suka sangat watak heroin dia sebab Pat ni jenis degil dan selalu rasa macam dialah terpaling betul. memang Phurit silap juga pergi buat andaian sendiri pastu reject orang tapi dia dah minta maaf kot, merajuk sikit-sikit sudahlah, bukan semua orang sempurna.

plot di permulaan cerita agak menarik tapi tak cukup kuat untuk aku stay tengok sampai habis sebab meleret sangat dengan watak jahat yang tak habis dengan rancangan jahat mereka dan aku pun tak tahu apa masalah heroin dia sampai ambil masa lama gila untuk maafkan hero.

Baca juga :