Safir (2023) | Review Turkish Drama

Safir (2023) | Review Turkish Drama

Title : Safir
Director : Semih Bagci
Screenwriter : Burcu Over
Release Date : 4 September 2023
Cast : Ozge Yagiz, Ilhan Sen, Burak Berkay Akgul, Ipek Tuzcuoglu, Can Bartu Arslan

SYNOPSIS:
In the region of Cappadocia, the Gülsoy family reunites when Ateş, the eldest son, returns from America. Ateş, Yaman, and Okan take over the family business to honor their grandfather's legacy. Yaman, deeply in love with Feraye, plans to propose, but a tragic incident on her birthday shatters their plans. As secrets unravel, the family faces danger, revenge, and unexpected decisions. Ateş, on the other hand, will both win new enemies and confront his brothers with the radical decisions he takes to protect everyone he loves and his family.

Safir (2023) | Review Turkish Drama

Safir atau Hidden Love Story sebuah drama yang penuh dengan konflik percintaan dan keluarga antara Feraye, Yaman dan Ates. Mengisahkan Feraye (Ozge Yagiz) dan Yaman (Burak Berkay Akgul) yang sudah lama bercinta terpaksa menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan keluarga kerana perbezaan status antara mereka.

Yaman dari keluarga kaya dan terhormat manakala Feraye pula anak orang gaji kepada keluarga Yaman. Pada hari lahir Feraye, Yaman sudah nekad untuk melamar Feraye sebagai isterinya dan mengumumkan hubungan mereka kepada keluarganya. 

Namun terjadi satu insiden yang menyebabkan Yaman terpaksa meninggalkan Feraye menyebabkan Feraye kecewa dan hampir membunuh diri.

Safir (2023) | Review Turkish Drama

Pada malam hari jadi Feraye, Yaman bergaduh dengan Bora sebab Bora kacau Feraye. Bora merupakan anak kepada rakan kongsi baru syarikat mereka. bapa Bora ni sebenarnya gengster juga, perangai anak pun macam hawau.

Bora tak puas hati bila Yaman tumbuk muka dia so dia pergi rumah Yaman ugut nak bunuh bagai. Okan (adik Yaman) cuba menyelamatkan abangnya tapi lain pula yang berlaku bila Bora tak sedar diri selepas kena pukul.

Yaman suruh Okan hantar Bora ke hospital sementara dia bersihkan tempat kejadian tapi Okan ni dah panik sebab ingatkan Bora dah mati, dia pergi buang si Bora dalam tasik. 

Safir (2023) | Review Turkish Drama

Sebenarya tiada siapa pun yang tahu kejadian pada malam tersebut tapi Cemile yang merupakan orang gaji keluarga Yaman telah menyaksikan segala kejadian yang berlaku antara Yaman, Bora dan Okan. 

Cemile ni sebenarnya emak tiri kepada Feraye dan dia tahu hubungan rahsia antara Feraye dan Yaman so dia ambil kesempatan untuk mengugut Yaman suruh Yaman kahwin dengan anaknya, Aleyna yang dah lama syok dengan Yaman. Yaman pula tiada pilihan terpaksa bersetuju untuk protect adiknya dan terpaksa putuskan hubungannya dengan Feraye.

Seriusly menyampah giler dengan dua beranak ni. Cemile kemain jahat tak habis ugut orang pastu Aleyna pula macam bimbo kemain perasan ingatkan Yaman nak kahwin sebab cintakan dia.

Safir (2023) | Review Turkish Drama

Feraye sangat kecewa bila Yaman tiba-tiba mahu memutuskan hubungan mereka pastu kahwin pula dengan kakak tirinya pula, mahu tak sakit hati sampai nak bunuh diri tapi berjaya diselamatkan oleh Ates (Ilhan Sey).

pastu Feraye dapat tahu dirinya pula mengandung tapi Feraye membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada Yaman dan keluarganya. 

Feraye sudah hampir menamatkan pengajiannya dan mahu bekerja di Instanbul sehingga melahirkan anak kelak tapi abangnya membantah perkara tersebut kerana tidak mahu Feraye bekerja jauh dari keluarga. 

Safir (2023) | Review Turkish Drama

Safir bukan sahaja mengenai konflik percintaan yang berlaku antara Feraye-Ates-Yaman tapi juga konflik yang berlaku dalam keluarga Gulsoy.

Ates sebagai anak sulung sudah lama menetap dan mempunyai bisnes sendiri di luar negara akhirnya pulang ke Turki apabila ibunya, Gulfem memintanya kembali. Ates tak pernah minat dengan bisnes keluarga mereka dan selama ini Yaman yang menguruskan segalanya manakala Okan sebagai anak bongsu pula hidup tiada hala tuju.

Apabila Ates pulang, datuknya menyuruh Ates mengambil alih pengurusan dan siap nak suruh Ates kahwin dengan anak rakan kongsi mereka. hubungan Ates dengan adik-beradiknya sangat rapat tapi Ates tak suka dengan datuknya yang suka mengarah mereka mengikut caranya sebab tu juga dia lebih suka duduk di luar negara tapi kali ini Ates tak mahu lari lagi sebab dia nak protect orang yang dia sayang.

Safir (2023) | Review Turkish Drama

Apabila Yaman mengumumkan perkahwinannya dengan Aleyna kepada keluarga memang semua orang terkejut. Emaknya dari awal lagi tak suka dengan Aleyna dan Cemile tak boleh terima Aleyna sebagai menantu. datuknya pula siap nak buang nama Yaman dari keluarga lagi.

Ates pula nak protect keluarganya dari huru-hara yang berlaku tapi dia juga tak setuju dengan datuknya yang paksa dia kahwin dengan Bade (kakak Bora). Ates tahu mengenai kandungan dan masalah Feraye makanya dia minta Feraye berkahwin dengannya.

Safir (2023) | Review Turkish Drama

baru sempat tengok dua episod, walaupun jalan ceritanya complicated tapi best juga layan. apa yang boleh komen, kesian sebenarnya dengan Yaman sebab dia betul-betul sayang dengan Feraye tapi sebab nak protect Okan terpaksa korbankan cintanya. 

bukan senang nak lupakan cinta pertama tapi Yaman dan Feraye dah jadi mangsa keadaan kerana perangai licik Camile. messy habis hidup Yaman pastu dapat tahu Bora pula masih hidup memang susah nak betulkan keadaan bila Feraye nak kahwin dengan abang dia dan dia pula terikat dengan Aleyna. terus jadi obsess mamat ni nak dapatkan balik hak dia.

aku lagi suka Ates sebab dia sangat tenang dan matang nak mengawal keadaan nak dibandingkan Yaman. kalau Feraye tak sedar juga, tak habis dengan cinta pertama dia tak tahulah sebab cara Ates protect Feraye pun aishhh gentleman habis,  tapi itulah jalan ceritanya sangat complicated dan banyak watak yang tak habis buat aku sakit hati tengok drama ni.