Haloba (TV3) | Sinopsis Drama

Haloba (TV3)

Drama : Haloba
Produksi : Enuja Production
Pengarah : Emi Sufian
Penulis Skrip : Kent Tan, Chooi Keen
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 3 Oktober 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin, Kazar Saisi, Zila Bakarin, Shah Iskandar, Izz Ilham, Syaffiq Sahli

Sinopsis Drama Haloba

Mengisahkan Erina yang pulang dari luar negara dan mahu merampas kebahagian Raif yang mempunyai dua orang isteri dan seorang anak. Mampukah dia menggantikan kedudukan dua orang isteri yang taat setia pada Raif?

Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Rina telah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah. Semenjak peristiwa itu dia dibuli dengan bebanan kerja dan dimalukan dengan gurauan melampau. Dengan bantuan Misha, Rina dipanggil semula bekerja dan Raif berpuas hati dengan kerja Rina. Hubungan Raif dan Rina juga semakin mesra.

Hubungan mesra Raif dan Erina telah mendapat perhatian media, pihak media cuba mendapatkan kepastian daripada Alia dan Misha sama ada mereka setuju untuk menerima Rina sebagai isteri ketiga Raif.

Atas keizinan Misha, Raif dibenarkan berkahwin dengan Rina tapi dalam masa yang sama Raif marah apabila mengetahui hubungan Alia dan Taufik. Namun Alia masih menyimpan dendam terhadap Misha dan menyusun strateginya.

Pelakon & Watak

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
  • Afifah Nasir sebagai Erina
  • Sherry Ibrahim sebagai Aliya
  • Shiqin Kamal sebagai Misha
  • Ieda Moin sebagai Kak Zura
  • Shah Iskandar sebagai Taufik
  • Izz Ilham sebagai Adam

Haloba (TV3) | Sinopsis Drama

Drama Haloba akan bersiaran mulai 3 Oktober 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam, bagi menggantikan Pemburu Rahsia di slot Samarinda TV3.