Program AF Megastar (2017) Astro Ria HD

AF Megastar (2017)

Tajuk:  AF Megastar (2017)
Channel: Astro Ria dan Astro Ria HD
Mula Tayangan: 3 September 2017
Masa: [Setiap Ahad, 9.00 mlm]
Jumlah Episod: 8

Info:
24 peserta dalam program realiti edisi khas, AF Megastar yang mengumpulkan beberapa bekas juara dan peserta kegemaran di Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu.

Antara bekas juara yang terbabit ialah Zahid (AF2), Faizal Ramli (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF2013), Firman (AF2014), Sufi Rashid (AF2015) dan Amir (AF2016).

Peserta kegemaran yang disenaraikan pula ialah Rosma (AF1), Bob (AF2), Adam (AF2), Anding (AF2), Marsha Milan (AF3), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah Ruhaila (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

AF Megastar menampilkan Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara dan akan memulakan siaran pada 28 Ogos ini menerusi program kapsul Studio AF Megastar.

Selain Studio AF Megastar pada setiap Isnin hingga Jumaat, penonton juga boleh menonton pelbagai aksi tambahan menerusi Studio AF Megastar Plus setiap Sabtu bermula 2 September depan.

Konsert mingguan AF Megastar pula akan berlangsung selama lapan minggu bermula 3 September depan dan diiringi program Spotlight AF Megastar setiap kali sebelum konsert bermula.

AF Megastar akan diadili berdasarkan sistem permarkahan 60 peratus oleh juri profesional, manakala 40 peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan �online�.

Tonton AF Megastar (2017)

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8

Download AF Megastar (2017)

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8